Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Kedah sudah Bangkit...


Akhirnya kemenangan yang di cari-cari selama ini sudah menjelma di mana pasukan negeri kesayanganku iaitu negeri tempat tumpahnya darahku ini,Negeri Kedah Darul Aman, berjaya juga melakarkan kemenangan apabila menewaskan KM Naza yang mana merupakan pasukan kelab negeriku juga. Kemenangan pertama yang dicipta oleh Kedah pada musim ini bermula apabila berjaya menewaskan KL Plus yang mana menjadi pendahulu liga musim ini. Kemenangan itu juga berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan lawan musim ini. Start dari situlah, bermulanya episod kemenangan Kedah apabila menewaskan pula UPB-Myteam dan akhir sekali KM Naza. Sebelum ini, Kedah langsung tidak berjaya mencipta kemenangan setelah dimalukan oleh Selangor. Tapi, jelas menunjukkan rasa malu itu tidak menjadi penghalang bagi Kedah untuk bangkit semula. Selepas ini, Kedah akan bersaing pula dalam kempen AFC Cup di mana 2 pasukan Malaysia layak masuk bertanding iaitu Kedah dan Johor FC. Diharap, Kedah berjaya dalam misi untuk mempertahankan 3 piala yang dimenangi musi lalu. Ana pun tak nak merepek terlalu panjang dalam post kali ni, apapun diharapkan semangat berjuang itu tidak luntur dalam diri setiap pemain.

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook