Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Tu Diaaa....

Bekas polistirena punca barah?

SEBAHAGIAN daripada bekas polistirena yang digunakan untuk membungkus makanan dan sebagai pinggan makanan.
ISU pencemaran alam sekitar seharusnya tidak boleh dipandang remeh oleh generasi pada hari ini kerana bumi yang didiami kita pada hari ini semakin tenat dengan longgokan sisa-sisa domestik, sampah sarap dan pelepasan gas hijau ke udara.

Bahan-bahan buangan yang sukat dilupuskan secara semulajadi seperti polistirena sepatutnya dikurangkan penggunaan atau tidak digunakan langsung. Selain ia mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk lupus, bahan itu juga dikatakan turut menjadi agen kanser.

Wartawan Utusan Malaysia, MUHAMMAD DAYNE AZMIN cuba mengupas isu ini dari pelbagai perspektif dari aspek alam sekitar dan kesihatan di samping cuba mencari alternatif menggantikan penggunaan bekas makanan polistirena ini.

KUALA LUMPUR 1 Mei – Penggunaan bekas polistirena perlu diharamkan kerana bahan stirena yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan barah pada organ dalaman manusia terutama sistem pencernaan, sel darah dan hati.

Selain itu bekas berwarna putih yang sering digunakan untuk mengisi makanan itu juga memberikan kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia tidak boleh diuraikan secara semula jadi.

Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun stirena yang berasal dari phemynl memang boleh memberi masalah kepada sistem kesihatan.

‘‘Organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan dan turut boleh melibatkan darah serta hati.

‘‘Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Oleh itu, beliau mengharapkan penggunaan bekas polistirena ini diharamkan seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara-negara maju.

‘‘Bukan sekadar kepada kesihatan malah turut memberi kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia mengambil masa selama beratus-ratus tahun untuk terurai,’’ jelasnya.

Penggunaan bekas polistirena cukup popular di negara ini kerana ia kelihatan bersih dan ringan serta mudah digunakan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut mendedahkan bahawa bekas polistirena memberikan ancaman kepada kesihatan dan alam sekitar ternyata memerlukan perhatian daripada banyak pihak.

Ini kerana bahan stirena yang terdapat dalam ppolistirena boleh menjadi agen penyebab kanser apabila ia meresap masuk ke dalam makanan.

Presiden Cpolistirena biasanya mengandungi sedikit sisa stirena kerana proses pembuatannya tidak 100 peratus berkesan.

‘‘Terdapat dua cara stirena ini boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari.

‘‘Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam badan dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,’’ jelasnya di dalam satu kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya lagi, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser.

‘‘Kesan buruk stirena ini akan menyebabkan mutagen yang boleh memberi perubahan genetik.

‘‘Mutagen mungkin akan menyumbang risiko kanser dan merosakkan sistem pembiakan,’’ katanya lagi.

Beliau seterusnya berkata, pengeluaran polistirena juga membabitkan penggunaan benzena iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia.

‘‘Di Britain, terdapat kajian mendapati bahawa polistirena dalam plastik yang digunakan untuk makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena,’’ jelasnya.

Sehubungan itu, CAP berharap orang ramai dapat mengubah trend dengan membawa bekas sendiri semasa membeli makanan daripada penjaja.

‘‘Dengan amalan ini, ia dapat mengelakkan orang ramai daripada terdedah kepada bahan-bahan penyebab kanser yang terdapat di dalam bekas makanan polistirena,’’ ujarnya.
www.utusan.com.my

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook