Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Cari Ilmu

Assalamualaikum dan salam demam peperiksaan kepada sesiapa yg sedang menghadapi musim peperiksaan sekarang ni...

Cari ilmu??? Cam pelik je tajuk tu. Lebih kurang sama je dengan nama lagu Wali Band (band dari Indonesia) yg bertajuk "Cari Jodoh". Tapi bukan pasal cari jodoh yg nak dibincangkan dalam posting kali ini. Mungkin lain kali la kot. Kali nak bercerita sikit pasal cari ilmu ni. Lepas solat Maghrib tadi, ada la surau kat tempat aku pergi solat tu adakan kuliah Maghrib. Walaupun tak banyak mana 'input' yang diperolehi,tapi sekurang-kurangnya dapat juga aku meng'update' sedikit diri aku ni tentang ilmu akhirat.

Dalam kuliah tadi, ustaz tu mengajar bab rukun iman yang pertama, iaitu percaya kepada Allah. Dia pun terang la serba sedikit tentang bagaimana cara kita nak menyempurnakan rukun iman yang pertama tu. Tapi, bukan cerita pasal kuliah ni yg nak aku bgtau kali ini. Sebab aku pun dapat sikit je input daripada kuliah tersebut. Perkara sebenar yang aku nak bgtau adalah manusia zaman sekarang begitu lalai dalam mencari ilmu dunia berbanding ilmu akhirat (samalah dengan diri yg menulis ni). Tak tahulah la macam mana nak latih diri ini supaya dekat dengan majlis yang digelar sebagai taman syurga ni.

Kita dapat lihat sendiri sekarang ni memang susah kalau nak ajak orang seseorang pergi ke majlis ilmu (aku pun sama jugak kadang-kadang). Kadang-kadang tu, majlis ilmu ni tak sampai sejam pun, tapi susah jugak nak pergi. Kalau kita study ilmu dunia ni, beberapa jam pun boleh. Tak kisah pun. Padahal ilmu yang kita study untuk dunia ni bukan boleh guna pun untuk akhirat. Boleh ke kita guna ilmu dunia yang kita ada untuk menguruskan jenazah ibu bapa kita atau kita guna ilmu tersebut ketika dalam solat untuk menambah amalan kita untuk menjadi bekalan di Padang Mahsyar kelak tanpa kita mengaji sedikit pun tentang ilmu akhirat ni??? Tapi itulah kita yang bernama manusia, sering kali terabai dengan nikmat dunia tanpa memikirkan ganjaran di akhirat kelak jika kita bersama-sama seiring dalam mencari ilmu dunia dan akhirat.

Kadang-kadang, kalau time periksa je, mesti sibuk punya cari soalan 'spot' atau tips untuk soalan yang nak keluar. Walhal, tips untuk jawab soalan dalam kubur tu sekali dengan soalannya sekali lama dah bocor, tak de sapa pun yang ambil peduli sangat. Mungkin dah 'expert' kot. Tu yang buat rileks je. Emmm.... tak tahu la nak kata apa.

Apapun, sama-samalah kita muhasabah diri kita masing-masing sama ada cukup atau tidak bekalan untuk kita bawa ke akhirat kelak. Jangan jadikan sesuatu perkara sebagai alasan untuk kita mengelak dari melakukan suruhan Allah. Mungkin kita tidak nampak sesuatu serta-merta jika kita melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah sedang menangguhkannya dahulu untuk memberikan yang lebih baik kepada kita. Sama la seperti kita membuat jahat, balasan tidak akan datang serta-merta. Mungkin terkena kepada orang lain dahulu supaya kita dapat mengambil pengajaran daripada situ.

Oleh itu, marilah kita berusaha seiringan dalam merebut ilmu dunia dan akhirat ni. Bukan tak boleh kejar dunia. Tapi, "dunia, dunia juga... akhirat jangan lupa". (macam pernah dengar ayat ni)


About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook