Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Kuasa

Assalamualaikum dan apa khabar semua...

Huh, lama jugak tak menulis dalam blog ni. Asyik copy paste ja apa-apa maklumat. Tapi tak kisah la. Janji maklumat-maklumat yang yang dicopy paste tu dapat memberi manfaat kepada umum.

Untuk entry kali ini, saya nak cerita sikit tentang kuasa. Tapi kuasa siapa? Tentu anda tertanya-tanya kuasa siapa yang saya ingin ceritakan kali ini. Adakah kuasa manusia, kuasa superhero dalam cerita televisyen dan lain-lain lagi. Tapi bukan kuasa yang seperti itu aku nak cerita kerana kuasa itu hanyalah bersifat sementara dan tak berguna bila kita kehilangannya nanti. Kuasa macam tu boleh hilang bila-bila masa sahaja. Yang aku nak cerita ni adalah kuasa ALLAH s.w.t Yang Maha Berkuasa. Hanya Dia sahaja yang mampu memberi kuasa kepada sesiapa sahaja kerana kuasa ALLAH adalah mutlak dan tiada sesiapa pun dapat menandinginya. MasyaALLAH.

Sebenarnya, kalau kita nak tengok kekuasaan ALLAH, kat mana-mana pun boleh berlaku dan setiap masa mesti akan ada peristiwa-peristiwa tertentu. Tapi, cerita yang nak bagitau ni saja-saja ja sekadar peringatan bersama bahawa kita semua ni hanyalah hamba kepada Tuhan yang Satu iaitu ALLAH dan tiada sesiapa mampu melawannya. Kalau ALLAH kata jadi, maka jadilah ia. Tiada Tuhan Yang Layak Disembah melainkan ALLAH s.w.t.

Ceritanya macam ni, ketika aku nak keluar untuk solat berjemaah di surau waktu Maghrib semala, tiba-tiba sahaja aku seperti terpukau kerana melihat keindahan bulan purnama yang begitu menarik kedudukannya. Rumah aku sebenarnya mengadap ke sebuah bukit yang terletak di belakang kawasan perumahan kolej kediaman aku. Ketika aku melihat bulan penuh tersebut, ia terletak betul-betul di atas puncak bukit tersebut dan dilindungi sedikit oleh pucuk-pucuk pokok di atas puncak bukit tersebut. Waktu tu masih lagi kelihatan sedikit cahaya matahari dan bulan itu kelihatan seperti cahaya lampu di atas bukit dengan bentuknya yang bulat dan saiznya agak besar sedikit. MasyaALLAH!!! Keadaan itu benar-benar membuatkan aku tergamam sebentar. Tetapi, cerita ni tak menarik sangat untuk diceritakan. Sekadar hanya mahu berkongsi pengalaman.

Ketika malam pula, waktu itu lebih kurang pukul 12 tengah malam dan ke atas. Aku sedang menonton movie dalam aku punya laptop. Tiba-tiba kawanku keluar ke rumah. Mula-mulanya aku ingat dia nak kunci motornya seperti selalu. Aku pun membiarkannya. Kemudian dia masuk semula ke rumah dan menghampiriku untuk bertanyakan sesuatu. Dia kata sewaktu dia melihat web yahoo, ada kenyataan yang memberitahu bahawa malam tadi merupakan bulan mengambang yang paling cerah untuk tahun 2010. Dan yang paling menariknya, dia memberitahu lagi bahawa ketika itu, kita dapat melihat planet Marikh dengan jarak yang dekat dengan Bulan. Aku pun mula-mulanya tak begitu teruja untuk mempercayainya. Tapi, apabila dia mengajak seorang lagi kawan serumah untuk keluar melihat, aku tiba-tiba menjadi tertarik juga. Aku pun keluar dan diikuti seorang lagi ahli rumah aku.

Dia kata, bintang yang paling cerah dengan bulan itu merupakan planet Marikh. Kami pun mendongak ke atas dan mendapati memang ada satu bintang yang bercahaya terang dan warnanya juga berlainan dari bintang-bintang lain. Warnanya agak oren sedikit. Kami pun mempercayai mungkin benar itu memang planet Marikh kerana sebelum ni kalau bintang terang ni selalu orang cakap satelit tapi kali ini warna dia pun lain sedikit.

Setelah berapa minit penat mendongak ke langit, kami masuk semula ke rumah sambil di hatiku terdetik bahawa kuasa ALLAH begitu hebat sekali dan belum ada manusia yang dapat melakukan perkara sedemikian. Pada hari ini pula, kawanku yang lain telah membuka satu blog dan blog itu membenarkan kejadian yang kami lihat semalam bahawa bintang yang berwarna sedikit oren itu merupakan planet Marikh dan ketika itu sebenarnya kedudukan bulan paling dekat dengan bumi. Rasa agak beruntung juga kerana dapat melihat perkara-perkara yang jarang berlaku seperti semalam. Oleh itu, dinasihatkan kepada sesiapa yang rasa begitu bangga dengan kuasa yang dimilikinya sehingga sanggup menindas orang yang lemah dan melakukan sesuka hati apa-apa perkara dalam hidupnya, ingatlah ada lagi yang lebih berkuasa daripada mereka itu iaitu ALLAH s.w.t dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas setiap kejadian yang berlaku di dunia ini.

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook