Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Berani Untuk Berubah

Berani Untuk Berubah???


Hmmm... Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan ni ye.

Adakah bermaksud berubah dari yang buruk kepada kepada yang baik?
atau

Adakah berubah dari satu tempat ke tempat yang lain?

atau

Adakah berubah?????

Haha. Macam-macam pulak persoalan yang bermain di minda aku ni walaupun aku sendiri yang nak tulis pasal tajuk ni.


Sebenarnya, apa yang aku nak ceritakan ni lebih kepada perubahan diri sendiri terhadap persekitaran sekeliling kita. Ataupun lebih senang aku cakap, "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau, mengaum". Harap-harap b
etul la peribahasa aku ni.

Perubahan yang aku nak bincang kali ini lebih kepada untuk kita nak masuk dengan orang yang kita nak dakwah. Ataupun pemimpin sebuah organisasi yang perlu memimpin anak buah yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

Ok, dari segi kaca mata seorang pendakwah, kita perlu melihat bahawa orang yang kita nak dakwah ni mempunyai pelbagai latar belakang. Ada yang di an
taranya sedang ber'couple', kaki game, kaki main bola dan macam-macam lagi la jenis yang pastinya latar belakang mereka ini langsung tak sama dengan kita. Oleh itu, jangan la kita nak dekat dengan mereka ni ikut cara kita juga. Memang mereka ni tak akan ikut punya la. Kita masuk dengan mereka secara perlahan-lahan. Tapi jangan ikut apa yang mereka buat pulak. Selagi apa yang dibuat itu tak melanggar syarak, kita sokong mereka. Dari situ, perlahan-lahan kita wujudkan kefahaman Islam kepada mereka.

Dari segi kaca mata seorang pemimpin pulak, kita mestilah m
elihat anak buah kita ini dari latar belakang yang berbeza jugak. Jangan ingat anak buah kita ni semuanya malaikat. Semuanya baik-baik belaka. Kalau begitu la pandangan kita, memang kita silap banyak la. Kalau boleh, kita jadikan mereka ini selesa bekerja dengan kita. Jangan biar mereka rasa terkongkong dengan pendekatan Islam yang kita nak bawa ni. InsyaALLAH lebih berkesan rasanya.

Tapi, aku pasti ramai yang akan jawab kalau kita guna pendekatan macam ni, rasa hormat akan hilang.(haha..nak tergelak juga bila aku dengar statement macam ni..) N
ak tanya sikit, apa sebenarnya yang kita nak dari sasaran kita tu? Adakah kita nak dia hormat kita? atau Adakah kita nak Islam yang kita nak sampaikan ni sampai kepada mereka? Aku rasa kita perlu ketepikan dulu rasa hormat yang perlu diberi kepada kita. Utamakan rasa hormat sasaran itu kepada Islam, itu yang penting sekali. Ini tak, nak jaga rasa hormat la, apa la. Last sekali, apa pun tak dak. Tapi, pendekatan yang digunakan tu mesti la relevan dan tak melampaui batas la. Selagi tak langgar syarat, lakukan je.

Dalam keadaan macam ni, kuasa diplomasi yang tinggi amat diperlukan.

"Pemimpin dan pendakwah yang bijak tidak cepat melakukan perubahan agresif. Mereka juga tidak mengharap natijah cepat seperti memetik buah yang belum masak. Pendakwah perlu bijak melakukan perubahan sikap secara beransur-asur. Sultan Muhammad Al-Fateh pandai menjinakkan hati mereka dengan tidak memperkatakan soal halal dan haram dengan cepat kepada mereka yang baru mendalami Islam. Pendakwah sewajarnya cepat memahami pepatah yang menyebut, "Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan bereselerak."
-Petikan dari Buku Kuasa Kepimpinan Al-Fateh-


Kita sendiri dapat lihat macam mana bijaknya Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha beliau berdiplomasi dengan masyarakat yang masih belum mendalami Islam secara mendalam dalam peristiwa pembukaan Kota Konstantinopel. Begitu juga apa yang dilakukan sewaktu Rasulullah s.a.w ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah dahulu. Jelas, kuasa diplomasi ini penting dalam usaha kita untuk membentuk manusia menjadi muslim yang berjaya.

Akhir sekali, bentuklah diri kita ni agar menjadi fleksibel yang
mana boleh berubah dengan cepat mengikut keadaan sekeliling. Ketepikan apa persepsi orang kepada kita. Yang penting apa yang kita nak bawa itu sampai. Berubahlah mengikut keadaan sekeliling. Nescaya, banyak manfaat yang kita boleh pelajari dan kelebihan yang kita dapat dari situ. Lihatlah pada sesumpah yang dapat menukar warna mengikut keadaan sekeliling. Akhirnya, penyamaran berjaya dan apa yang dikehendakinya seperti lari dari musuh atau makanan dapat dilakukan.



Sekadar teguran bersama.

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook