Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Berita Menarik Untuk Dikongsi

Berita baik! Saman ekor akan dihapuskan!

SEKALUNG tahhniah untuk Saudara Mahfuz Omar merangkap Ahli Parlimen PAS Pokok Sena kerana telah berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk membela hak rakyat terhadap saman ekor di bawah Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE.

Hasil gesaan berterusan serta memberikan kesedaran kepada rakyat terhadap saman ekor, maka Pihak Polis yang pastinya di atas arahan kerajaan, akur untuk memansuhkan sistem perangkap had laju yang disifatkan sebagai tidak mendidik rakyat, sebaliknya sekadar mengaut keuntungan.

Tiada lagi perangkap laju, secara tak langsung tiadalah lagi saman ekor [klik gambar untuk ke laporan asal berita].

Sebelum ini Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE menggesa orang ramai agar mengabaikan notis saman ekor yang diterima kerana ia bercanggah dengan perlembagaan untuk menyenarai hitamkan pemandu sebelum didapati bersalah oleh mahkamah rujuk sini [Jangan bayar saman ekor].

Gerombolan songkok tinggi tentu antara pihak yang gembira mendengar berita ini. Namun merekalah antara yang paling lantang menentang usaha pemansuhan saman ekor oleh KASE sebelum ini.

Sebelum ini gerombolan songkok tinggi mendakwa pihak pembangkang membenarkan pengguna melanggar peraturan dan memandu laju. Malah ada pihak gerombolan songkok tinggi yang mendakwa pembangkang mahu membunuh rakyat dengan menggalakkan kemalangan.

Walaupun ini salah satu tanda kerajaan ingin mengambil hati rakyat sebelum mengadakan pilihanraya, namun ia memberikan kelegaan kepada rakyat.


ReJaM© "Gerombolan nak sangat bayar saman ekor, buatlah demo depan Balai Polis Shah Alam, bantah pemansuhan saman ekor kah kah kah..."

source: milosuam

Lagi Berita...


Polis tak sorok lagi
Oleh Khairul Azran Hussin
bhnews@bharian.com.my
2011/04/24

pix_gal0
Sembunyi balik tiang tangkap pesalah trafik kaedah lapuk

SHAH ALAM: Polis tidak lagi akan bersembunyi atau menyorok di sebalik pokok, tiang atau dinding di lokasi tertentu di jalan raya hanya semata-mata untuk mengesan pesalah trafik.
Timbalan Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata anggota polis perlu menunjukkan kehadiran mereka di depan orang awam, bukannya menyorok tetapi kesalahan lalu lintas masih boleh dikesan menerusi penambahan kamera di beberapa lokasi strategik.
"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman, jangan lupa bayar.

"Polis berpendapat pendekatan menyorok ini tidak lagi sesuai. Namun, pengguna jalan raya jangan terkejut jika tiba-tiba dikenakan saman kerana kita akan menggunakan bantuan teknologi untuk mengesan kesalahan di jalan raya," katanya selepas menghadiri Program Sehari Bersama Polis khusus untuk belia India di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Program berkenaan dihadiri kira-kira 1,000 belia India yang antara lain bertujuan menarik minat belia kaum itu untuk menyertai polis.

Katanya, selain peningkatan kehadiran polis, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka.
Ditanya adakah pendekatan terbaru pihak polis itu turut membabitkan perangkap had laju atau saman ekor, Khalid berkata, pendekatan berkenaan masih ada.

"Walau apa yang kita lakukan dan pelaksanaannya yang membezakan, perkara akhir yang perlu kita sedar ialah kesedaran pengguna jalan raya di negara ini masih rendah," katanya.

Mengenai usaha polis membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

sumber

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook