Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Buat Dulu Baru Tahu

Malam ni aku rasa macam nak menulis pulak sementara nak ambil balik mood study yang lari entah ke mana.

Kali ni aku nak sembang sikit pasal dua perkara ni yang definasinya begitu berbeza sekali dan selalu juga menjadi bualan ramai. Kalau tak salah aku la.

Teori :
Sesuatu perkara yang berasaskan konsep dan cuba diterjemahkan seseorang itu dalam bentuk pandangannya.


Praktikal :

Sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang mendapat hasilnya.

Kalau kita tengok definasi kedua perkara ini tadi, kita akan dapat tengok perbezaannya begitu ketara. Apa yang aku nak sampaikan kali lebih kepada konsep;

Teori vs Praktikal

Selalu kita dengar perkara macam ni. Ada orang kata teori lebih penting dan ada pula kata praktikal lagi penting. Sebenarnya, dua-dua ni penting cuma yang perlu lebih ditekankan bagi aku ialah praktikal. Kita tengok macam mana seseorang yang dikatakan hebat teorinya tapi kalau praktikalnya kurang tidak ke mana juga. Tapi kalau orang yang selalu praktikkan sesuatu benda walaupun sedikit sahaja ilmunya pasti menjadi dan ilmunya akan lebih bertambah daripada praktikal yang dilakukannya.

Jika dilihat, teori ini jelas diambil daripada buku ataupun ciptaan sendiri. Dari situ kita dapat lihat bahawa pengetahuannya seperti stereotaip atau sama sahaja dan kita juga tidak akan mendapat sesuatu benda yang baru. Tapi, cuba kita praktikkan sesuatu benda itu dengan sendiri. Pastinya, banyak permasalahan yang kita boleh jumpa dan penyelesaiannya juga dapat dicari. Ini kerana benda itu kita yang lalui sendiri.

Sebagai contoh, aku pernah melihat sebuah cerita English. Tak payah la aku bagitahu cerita dia macam mana. Cuma yang aku nak cerita bagaimana seorang kapten ini telah memilih seorang jurumudi kapal selam untuk dibawa ke dalam satu latihan. Jurumudi ini begitu berlagak dengan mengatakan dia begitu hebat dalam mengemudi kapal selam kerana dia telah lulus dengan cemerlang dalam ujian simulator mengemudi kapal selam. Hinggalah satu ketika di mana tiba satu keadaan yang mencemaskan dan akhirnya kapten tersebut mengarahkan jurumudi tersebut untuk membawa keluar kapal selam mereka dari keadaan bahaya tersebut. Tetapi, apa yang dijawab oleh jurumudi tersebut ialah dia tidak pernah jumpa perkara ini dalam permainan simulator. Akhirnya, kapten yang berpengalaman itu sendiri yang mengeluarkan kapal selam mereka dari keadaan yang bahaya itu.

Daripada cerita tadi, jelas bahawa kalau kita ini begitu hebat dalam berteori, belum tentu kita boleh berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak dirancang tetapi kalau kita hanya tahu sedikit sahaja sesuatu perkara dan kita cuba untuk mempraktikkan perkara tersebut, pasti lebih membawa manfaat kepada kita kerana banyak pengalaman dapat kita peroleh dari situ.

Tetapi lain la macam Detektif Sherlock Holmes (watak dalam buku yang aku selalu baca walaupun tak pasti kewujudannya) di mana beliau digelar sebagai ahli teoris. Tetapi, di sebalik teorinya itu, banyak kajian yang dilakukan untuk memenuhi sesuatu teori itu.

Lihat satu kata-kata yang aku kira menarik daripada Almarhum Bapak Mohamad Nasir, seorang intelektual dan pendakwah yang berasal dari Indonesia.

“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul ditengah-tengah kumpulan masalah, menonjol dikalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong oleh umat”

Maksudnya di sini ialah seorang yang hebat itu lahir di dalam kelompok masyarakat yang pelbagai ragam dan sikap. Dia juga bersama-sama dengan kelompok masyarakat tersebut menempuh pelbagai perkara. Akhirnya, dari situ dia muncul untuk menyelamatkan mereka yang bermasalah. Bukannya seorang yang hanya menghabiskan masa di bilik kuliah dan tidak bergaul langsung dengan orang lain yang mana langsung tidak ada pengalaman untuk berhadapan dengan manusia lain.

Di sini juga aku ingin petik satu patah lirik daripada lagu Mantera Beradu nyanyian M.Nasir dan Malique:

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan dari pengalaman bercakap dan bersalaman

Kita tengok apa yang ditulis dalam lirik tu. Ia memberitahu bahawa sesuatu penganugerahan ataupun pengiktirafan yang terbaik datangnya dari jalanan. Maksudnya, sesuatu yang hebat itu dapat kita peroleh dari jalanan yang mana kita bertemu dengan orang ramai dan bukannya kita seorang diri sahaja.

Apapun, pengalaman itu amat penting untuk mengajar dan membawa kita ke mana sahaja kita pergi.

Aku tertarik dengan satu kata-kata ni;

"Mahasiswa perlu mencipta pengalaman sendiri dan bukannya mencari lagi pengalaman itu"

-selesai-

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook