Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Info Permotoran 2

Ubah imej konservatif


REKAAN futuristik dan dinamik.


TAHUN 2010 boleh dianggap sebagai tahun yang berjaya buat pengeluar kenderaan yang berpangkalan di Korea Selatan, Hyundai Motor Company. Hyundai mencatatkan jualan global yang cukup memberangsangkan sebanyak 3,612,487 unit.

Kilang domestiknya menyumbang sebanyak 1,730,682 unit, sementara bakinya iaitu 1,881,805 unit dikeluarkan oleh kilang-kilangnya di luar negara.

Angka tersebut merupakan pertumbuhan sebanyak 16.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Perkembangan itu sekali gus mengukuhkan lagi reputasi Hyundai selaku pengeluar kenderaan berpengaruh di dunia.

Lebih mengagumkan, Hyundai mampu melakukan semua itu di sebalik kondisi perniagaan yang tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, jenama yang sebelum ini dicemuh kerana produknya kurang berkuali mencapai kejayaan dalam pasaran-pasaran utama dunia.

Di pasaran Amerika Syarikat (AS) misalnya, Hyundai mencatat pertumbuhan dari aspek kuantitatif dan kualitatif. Buat julung kalinya, jualan tahunan Hyundai melepasi 500,000 unit sejak mula memasuki pasaran paling rigid di dunia itu sejak 1986.

Bukan itu sahaja, kesetiaan terhadap jenama Hyundai telah meningkat apabila menduduki tempat ketiga dalam Kaji Selidik Pengekalan Pelanggan 2010 seliaan pihak J.D. Power and Associates. Perkembangan positif itu dicapai hasil pengurusan kualiti yang sangat ketat.

Menerusi pengenalan model yang direka khas untuk pelanggan tempatan, jualan kenderaan Hyundai di China dan India juga mendadak naik kepada lebih 700,000 dan 600,000 unit. Di Rusia, Hyundai memulakan produksi model Solaris yang pastinya meningkatkan populariti jenama tersebut di sana.

Apakah sebenarnya yang mengubah nasib Hyundai? Antara penyumbang utama kepada ialah pengenalan model sedan Sonada dan SUV Tucson.

Mampu saingi jenama Jepun

Di pasaran Malaysia, Hyundai masih dalam peringkat membina momentum. Ia dilihat belum mampu menyaingi jenama dari Jepun. Namun begitu, pengenalan banyak produk baru sedikit sebanyak berupaya menggoyah dominasi jenama tertentu dalam segmen yang ia saingi.

Misi itu untuk segmen D dipikul oleh model Hyundai Sonata yang mula diperkenalkan pada tahun 2009. Baru memasuki generasi keenam, kematangan dari aspek penampilan, teknologi dan ciri-ciri mewah yang ada padanya nampak begitu ketara.

Kalau dibandingkan dengan generasi sebelumnya, Hyundai Sonata yang menggunakan kod YF ini seakan-akan sudah berada dalam kelas yang berbeza. Daya tarikan utama yang ada pada sedan itu ialah reka bentuk luaran dan dalamannya. Berpaksikan kepada falsafah reka bentuk fluidic sculpture, binaannya dilihat sangat kemas dan kontemporari.


SONATA mengaplikasikan skema warna hitam untuk ruang dalamannya.


Hilang sudah imej konservatifnya. Diganti dengan rekaan yang futuristik dan aerodinamik. Lampu utamanya dipadankan bersama gril radiator lebar berwarna krom. Bahagian sisinya mengetengahkan garis tubuh yang kuat. Malah sekali pandang, reka bentuknya ia kelihatan seperti sebuah model coupe.

Rekaan lampu belakangnya juga menarik. Imej sporty sebuah Sonata diserlahkan menerusi penggunaan rim aloi bersaiz 17 inci. Bagi menampakkan roda itu lebih besar, wheel arch dibesarkan untuk mengurangkan jarak antara tubuh kenderaan dengan tayarnya.

Sonata mengaplikasikan skema warna hitam untuk ruang dalamannya. Kokpit itu menggabungkan penggunaan plastik keras dan lembut bagi membuatkannya sedap dipegang. Konsol tengahnya menempatkan butang kawalan unit audio dan pendingin hawa yang mudah dioperasi. Sebaik enjin dihidupkan, lampu latar berwarna biru akan menyala.

Kuasa sehingga 178PS


HYUNDAI Sime Darby menawarkan dua varian enjin iaitu 2.0 dan 2.4 liter.


Tempat duduk yang dibalut dengan kulit berwarna hitam itu selesa untuk perjalanan yang jauh. Bagi memudahkan pemandu, ia boleh dilaras secara elektrik mengikut keselesaan. Ketika memandu, paparan meternya mudah dibaca. Sesekali perkataan eco akan muncul apabila anda memandu dalam keadaan yang menjimatkan bahan api. Kuasa Sonata dipacu oleh unit enjin bersesaran 2.4 liter. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 178PS, ia tidak berdepan sebarang masalah untuk memecut atau bergerak dari kedudukan statik. Dengan 86 peratus daripada kuasa torknya yang berjumlah 229Nm itu mampu diperoleh ketika jarum rpm hanya berlegar pada takat 4,00 rpm, Sonata jarang sekali terasa malas.

Enjin dual CVVT aluminium sepenuhnya, Theta II series itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Bagi sesiapa yang mahu mengawal sendiri kedudukan gearnya, kawalan Hyundai H-Matic yang eksklusif itu membolehkan anda berbuat demikian.

Pada takat harga RM163,888 (di atas jalan dan insurans), Sonata menjadi pesaing kepada model Honda Accord, Toyota Camry dan Mazda6. Terdapat lima warna untuk anda pilih asama ada putih, perak, merah, biru atau hitam.

Hyundai Sime Darby menawarkan dua varian enjin iaitu 2.0 dan 2.4 liter. Kedua-duanya hadir bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook