Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Kesian Nasi Lemak

MURID OBESITI BUKAN KERANA NASI LEMAK KANTIN.

Oleh : rahimothman
Sila rujuk - http://www.bernama.com

Tidak wajar seorang menteri, membuat kenyataan yang kurang tepat, dimana murid menjadi gemuk disebabkan nasi lemak yang dijual di kantin sekolah!. Maka menteri berkenaan menyarankan agar pengusaha kantin dilarang menjual nasi lemak!! Lucu! lagi melucukan!!

Setelah lebih 50 tahun negara kita merdeka dan setelah 50 tahun juga pengusaha-pengusaha kantin beroperasi di sekolah, baru sekarang kedengaran suara yang agak sumbang ini.


Menteri kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai mendakwa pengusaha kantin menjual makanan

yang mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan yang menyumbang kepada masaalah obesiti dikalangan pelajar. Betulkah begitu? Takkan lah mereka menggunakan bahan-bahan tersebut secara berlebihan. Mustahil ! bahan itu bukan dapat percuma, mahal pulak tu! Kalau nak kata bahan –bahan itu kurang dalam masakan yang disediakan mungkin betul! dan ada lojiknya! Sebab? pengusaha tentu nak jimat kos!,, gula mahal, santan kelapa mahal!

Dan mengikut pengalaman penulis, kebanyakan kantin sekolah menjual nasi lemak yang tak lemak, atau sangat kurang lemaknya! Sambal bilisnya entah kemana! Telur rebusnya kekadang ada, kekadang tiada! Yang lebihnya bawang!! Tetapi pelajar sekolah tak ada pilihan, mahu tak mahu terpaksa telan! Sepatutnya kualiti nasi lemak itu yang jadi isu! bukan isu obesiti, bukan isu nak larang jual nasi lemak di kantin!!
,
Janganlah isu yang tak sepatutnya menjadi isu ini diperbesarkan!. Kepada Pak Menteri janganlah bercakap dengan sewenang-wenang. Jangan nanti pengusaha kantin yang menjadi mangsa kerugian, apabila makanan tradisi yang telah menjadi kelaziman, dan menjadi kegemaran ramai tak boleh dijual lagi! Tidakkah terfikir bagaimana nak menyekat penjaja-penjaja bebas yang bermaharajalela diluar pagar sekolah? Kalau nak dikira risiko dari bahan-gahan jualan mereka lagi dasyat!!

Berbalik kepada isu obesiti ini. Adakah Kementerian pelajaran atau kementerian kesihatan sudah membuat kajian?. Berapa peratus keseluruhan pelajar di Malaysia menghadapi masaalah obesiti?
Berapa peratus pelajar obesiti dari setiap sekolah dan berapa peratus pula dari setiap kelas? Rasanya mengikut pengalaman penulis, setiap kelas yang mempunyai 30 orang, murid yang obesiti purata 2 orang saja. Bermakna disekitar 6.6% dan ini bukanlah paras yang membimbangkan.

Kesimpulannya, masalah anak-anak atau pelajar sekolah yang menghadapi masaalah obesiti ini sebenarnya bermula dari rumah dan persekitaran, bukan berpunca dari kantin sekolah!!

Semenjak anak-anak ini lahir lagi mereka sentiasa di dalam jagaan dan pemerhatian ibubapa atau keluarga mereka. Makan minum mereka seharusnya dalam pengetahuan ibubapa Apabila kanak-kanak ini masuk saja ke darjah satu atau pra sekolah, fizikal mereka sudah pun dapat dilihat sama ada mereka berbadan normal atau berpotensi untuk menjadi pelajar yang obesiti (gemuk). Realitinya masaalah obesiti ini memang dibawa dari rumah. Silapnya tentulah dari ibubapa sendiri!, Kenapa pula pihak sekolah atau kantin sekolah yang hendak dikambinghitamkan? Kenapa pula rezeki pengusaha kantin hendak disekat?

Nasi lemak sudah menjadi makanan tradisi masyarakat Malaysia khasnya Melayu. Makan nasi lemak memang mengenyangkan! cuma si pemakannya yang harus mengawal diri, terserah pada diri masing-masing! Sebahagian besar pelajar sudah mampu berfikir. Bagi pelajar ditahap satu ibubapalah yang berperanan mendidik mereka mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang!

rahimothman

4 ulasan:

Anonymous April 24, 2011 at 2:57 PM  

btul dan sangat setuju serta sangat melawakkan bla nasi lemak yg dituduh.....sedangkan obesiti itu datang dari didikan ibubapa sendiri exposedkan FAST FOOD..kepada anak2x mereka....
yeah...sapa nak ngaku salahkan...

Anonymous April 24, 2011 at 4:33 PM  

satu kenyataan yg sia2 telah dikeluarkan oleh pak menteri yg tak layak berjawatan...

aku yg dari drjah 1 smpai drjah 6 kalo mkn kat kantin skolah pagi dgn petang mmg nsi lemak dgn air ni pun x gemok2.. kurus je adelah.. time skolah mnengah pun balon gak nasi lemak,, slim jgk badan aku..

ikut pengalaman aku,, orang tu akan jadi gmok lpas die masuk universiti.. sbb time ni duit kita pegang, lpas tu xde sape nak halang kalo nak mkan kfc ke,, pizza ke.. stim bot ke.. time ni la badan kita makin naik.. bkan time skolah dulu..

pengembara _cahaya April 24, 2011 at 6:58 PM  

betul tu anon..dulu-dulu bukan ke makanan yang paling popular itu nasi lemak..tapi, tak pernah timbul pun soal obesiti ni di kalangan mak ayah kita..

Anonymous April 26, 2011 at 1:58 AM  

nasi lemak? bdk gemok! bdk gemok!bdk gemok!bdk gemok!bdk gemok!bdk gemok!

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook