Hari ni aku nak mengupas sikit satu perkara yang bagi aku amat penting dalam hidup kita sebagai manusia. Sebelum tu aku nak petik satu patah lirik lagu Tanya Sama Itu Hud Hud yang dinyanyikan oleh M.Nasir.
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Kalau kita tengok dalam lirik ini, ia ada memberi satu persoalan kepada kita iaitu kita hendak memilih untuk melihat dari mata burung atau bawah tempurung. Jika kita memilih dari mata burung, pastinya pandangan kita amat luas terbentang. Tapi sekiranya kita memilih untuk melihat dari dalam tempurung seperti dalam satu peribahasa yang berbunyi “bagai katak di bawah tempurung”, pastinya pandangan kita itu tidak ke mana.
Itulah sebenarnya apa yang aku ingin sampaikan. Kita hendaklah mencontohi seekor burung yang sedang terbang di mana pandangannya begitu luas terbentang dan bukannya sebagai seekor katak yang berada di bawah tempurung di mana pandangannya langsung tidak ke mana.
Dalam kita berfikir atau memberi sesuatu pandangan, kita mestilah berfikir dari pelbagai aspek dan bukannya satu aspek sahaja. Luaskan skop minda pemikiran kita itu dan jangan bataskan ia. Sebab itu jika kita hendak berfikir mengenai sesuatu perkara terutama melibatkan orang lain, gunakan gaya minda pemikiran Islam yang mana itu Islam itu menyeluruh sifatnya. Jika kita berfikir dalam skop bangsa atau perkauman, pasti tidak ke mana pemikiran kita itu. Maka, jadilah sindrom ‘Aku Tidak Pedulisma’,baca sini, dalam diri kita.
Kita jangan hanya memikirkan sesuatu perkara itu hanya untuk menguntungkan kita sahaja. Tetapi fikirlah sesuatu itu demi orang lain juga. Itulah yang dikatakan mengikut minda pemikiran Islam kerana Islam itu untuk semua manusia tidak terkecuali walaupun seorang.
Jadi, apa yang aku nak sampaikan kat sini sebenarnya jika kita hendak berkata sesuatu atau mengambil apa-apa tindakan yang akan melibatkan orang lain, luaskanlah skop pemikiran dan pandangan kita itu. Jangan kita wujudkan batas yang dapat menyekat orang lain dari menerima keuntungan bersama.
Di sini aku sertakan satu nukilan yang bagi aku begitu menarik untuk renungan bersama:
Bencana itu sudah tiba di Johor! Tak apa. Kita kan di Selangor… ...
Bencana itu sudah tiba di Gombak! Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…
Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5! Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…
Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4! Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…
Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47! Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…
Bahagian depan rumah kita sudah runtuh! Syukur. Dapur kita masih selamat…
Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!
-saifulislam.com-
10 ulasan:
"Kita jangan hanya memikirkan sesuatu perkara itu hanya untuk menguntungkan kita sahaja. Tetapi fikirlah sesuatu itu demi orang lain juga"
saya suka pada statement ni.tapi adakah diamalkannya?
insyaALLAH. selagi berkemampuan,selagi itu mengamalkannya.
tetapi tak pasti la kalau anda mengenali saya dan mahu mengatakan bahawa saya tidak mengamalkannya.
terpulang kepada pandangan anda.
yang salah tetap salah dan teguran itu diperlukan untuk membetulkan yang salah.
maaf sekiranya terasa.saya bukan orang yang suka menuduh tanpa mengenali orang tersebut. saya bercakap melalui pengalaman kami.
maksudnya, adakah anda mengenali saya?
ya
jadi,anda menegur saya atau anda berkata secara umum?
sebab anda berkata berdasarkan pengalaman kami.
apa pun saya terima teguran itu.
saya sedang cuba menegur anda.
maksud pengalaman 'kami' adalah berdasarkan pengalaman kawan2 saya. saya hanya mendengar dari mereka.
memandangkan mereka tidak menegur, jadi saya cuba untuk memberitahu anda.
maaf.
ooo..macam tu rupanya.
tapi kalau nak ok lagi,baik anda kenalkan siapa anda untuk saya tahu apa kesalahan saya itu.
tak perlu kenal
cuma saya ingin mengingatkan diri saya, supaya jadi orang yang berkualiti, yang apabila berkerja secara berkumpulan, orang lain seronok berkerja dengan kita, apabila kita meminta tolong sesuatu, orang lain suka untuk membantu kita kerana kita tidak pentingkan diri kita sahaja
jangan kita terlampau ambil tahu mengenai sesuatu yang begitu tinggi, sedangkan perkara yang remeh temeh kita abaikan.
ada beberapa perkara yang mesti kita segera lakukan. saya pasti anda tau perkara2 tersebut.
khususnya, saya ingin ingatkan diri saya, tapi secara umumnya ingin saya ingatkan kepada anda juga. saya tidak kata saya ni elok sangat, cuma saya akan cuba tingkatkan kualiti hidup dari hari ke hari
umat islam adalah bersaudara dan bersahabat.
Post a Comment