Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Tak Sama Posisi Kita

Di satu pemilihan untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili negara A dalam pertandingan hoki, telah berlaku satu perebutan posisi antara dua pemain ini...

Pemain A : Eh, tempat ni aku punya tau....

Pemain B : Apa pulak, aku dah lama kot main di posisi ni untuk pasukan ni sebelum ni....

Pemain A : Tapi, aku jugak main kat posisi ni di dalam pasukan yang aku wakili sebelum ni...

Ketika mereka sedang bertengkar, si jurulatih terperasan dan terus meluru ke arah mereka berdua...

Jurulatih : A, kamu pergi bermain di posisi lain. Biar B yang main di posisi ini...

Pemain A : Tapi coach, di pasukan lama saya, saya bermain di posisi ini...

Jurulatih: Kalau macam tu, kamu pergi bermain dengan pasukan lama kamu itu. Jangan bermain dengan pasukan ini...

Akhirnya si A akur dengan keputusan jurulatihnya.

RINGKASANNYA:
1. Kita jangan ingat sekiranya kita bermain di posisi menyerang di pasukan A, apabila mewakili pasukan B juga kita akan bermain di posisi menyerang jugak. Ketahuilah strategi setiap pasukan itu tidak sama. Jadi, bersedialah untuk berada di mana-mana posisi sekalipun dan latihlah diri kita ini untuk menjadi fleksibel agar kita ini sesuai untuk berada di mana-mana tempat.

2. Kadang-kadang bukan kita yang tahu akan kebolehan dan kelemahan kita tetapi orang yang berada di sekeliling kita lebih mengetahui apa kebolehan dan kelemahan yang ada pada diri kita.

Merenung Kemerdekaan

54 tahun merdeka – bagaimana sekarang?
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Hanya beberapa minggu saja lagi rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara e-54, suatu detik bersejarah yang amat gemilang hasil usaha generasi masa itu dan sebelumnya menuntut kemerdekaan.

Orang kampung saya di Serkat, Pontian Johor begitu gembira dan sentiasa meneriakkan ‘Merdeka’ dengan mengangkat tangan penuh semangat. Mereka bangga dapat ‘menghalau’ penjajah pulang ke negerinya. Siang malam orang memperkatakan merdeka dan meneriakkannya di mana-mana – di masjid dan surau, di kedai kopi, di pengkalan sungai tempat memunggah ikan, di bangsal kelapa dan di mana-mana.

Suasana menjelang 31 Ogos itu sangat menarik, di mana orang kampung saya dan tem[pat lain juga menyambut seperti hari raya. Mereka mendengar radio dan membeli akhbar jauh di pekan untuk mendapat berita terkini iaitu bagaimana detik-detik bendera Union Jack yang akan diturunkan dan kemudian dinaikkan bendera negara ini.

Mereka gembira tanah air akan merdeka, negara ini diperintah oleh anak negeri sendiri yang bersongkok dan berbaju Melayu berkain samping, bukan Mat Saleh yang berkot dan bernektai yang datang dari England. Anak negeri bangga dapat mencapai kemerdekaan dan memerintah sendiri negara ini.

Itulah yang mereka tahu mengenai kemerdekaan tanah air. Pengetahuan mereka mengenai kemerdekaan berhenti setakat itu saja. Mereka tidak tahu akan erti demokrasi berparlimen, konsep dan falsafahnya, kebebasan bersuara, hak-hak asasi dan sebagainya.

Namun menariknya, para pejuang kemerdekaan ini tidak memikirkan hendak menimbun kekayaan apabila berkuasa, tidak terfikirkan mengenai rasuah dan nepotisme, politik wang dan sebagainya.

Mereka hidup dalam keadaan serba sederhana, namun jiwa perjuangan mereka sangat tinggi, justru mereka mengunyah idealisme dengan begitu hebat

Hari ini – lima puluh empat tahun kemudian – suasana sangat berbeza. Erti kemerdekaan tidak berhenti setakat menggenggam tangan melaungkan merdeka, menurunkan bendera Union Jack, mengibarkan bendera Tanah Melayu, ‘menghalau’ Orang Puteh dan sebagainya.

Generasi kini menghendaki pengisian kemerdekaan itu dengan tuntutan demokrasi yang luas, kebebasan bersuara, pilihan raya yang adil dan bersih serta terjaminnya hak-hak asasi manusia. Mereka juga menuntut pembahagian adil kekayaan negara.

Di sinilah, ketika saya merenung peristiwa Himpunan Bersih 2.0 di Ibu Negara 9 Julai lalu saya segera terkenang akan suasana masa lampau 54 tahun lalu itu, zaman datuk nenek dan ayah bonda kita semua, bahkan zaman remaja saya sendiri.

Himpunan Bersih 2.0 yang menggegarkan negara adalah cetusan dan manifestasi pengisian tuntutan kemerdekaan itu sendiri. Mereka yang berhimpun itu - pelbagai bangsa dan agama - kebanyakannya adalah golongan terpelajar yang mendapat pendidikan di dalam dan luar negara. Mereka adalah golongan yang terdidik.

Mereka memahami erti pilihan raya yang bebas dan demokrasi serta hak-hak asasi manusia hasil dari bacaan dan pendedahan yang mereka terima dari pelbagai sumber. Mereka terdedah dengan pelbagai maklumat dari dunia siber yang terbuka luas tanpa sempadan. Mereka menekuni pelbagai wabe-site, blog, You-Tube, Twitter, Face-book dan pelbagai media lain dalam dan luar negeri. Mereka menentang pemerintahan secara feudal dan kuku besi.

Mereka adalah generasi yang mendapat maklumat dari ‘professor Google dan Yahoo’, mereka adalah generasi face-book di mana persepsi mereka sangat berbeza sekali dengan generasi masa lalu.

Mereka merasakan sudah sewajarnya rakyat negara ini yang telah 54 tahun merdeka menikmati demokrasi sepenuhnya dan kebebasan mengeluarkan pendapat. Mereka enggan dikongkong oleh pelbagai sekatan, akta yang tidak munasabah yang menyekat kebebasan mereka.

Sebab itu apabila para NGO mengadakan Himpunan Bersih 2.0, mereka segera menyokongnya, justru mereka mempunyai aspirasi yang sama dengan Bersih 2.0. Mereka meluncur laju ke tengah Ibu Kota dari pelbagai jalan dan lorong dengan aman. Tidak ada harta benda awam yang dirosakkan. Mereka penuh disiplin walaupun suara mereka agak keras.

Inilah phenomena generasi baru, generasi Face-book. Namun begitu yang menariknya, golongan generasi lama yang penuh semangat masih wujud dan mereka ini ikut serta menuntut kebebasan bersuara menerusi Himpunan Bersih 2.0 itu. Inilah yang dikatakan bahawa
Himpunan Bersih 2.0 sangat unik.

Ia adalah himpunan multiracial society. Inilah yang menyebabkan Sasterawan Negara, A. Samad Said sangat terharu dengan perpaduan kaum yang menyerlah di dalam Himpunan Bersih 2.0 itu.

Persoalannya di sini ialah himpunan tersebut telah disalahtafsirkan atau dikelirukan oleh golongan tertentu yang berkepentingan. Dalam masa yang sama pemimpin pemerintah tidak memahami atau tidak bersedia untuk memahami aspirasi generasi baru ini dan juga sebahagian golongan generasi lama yang prihatin dengan pergolakan di negara ini.

Para pemimpin yang tidak memahami aspirasi rakyat inilah menyebabkan timbul pelbagai masalah dan kejutan diiringi dengan pelbagai tuduhan bahawa kononnya Himpunan Bersih 2.0 didalangi oleh anasir luar yang hendak menimbulkan huru hara dan pelbagai tuduhan jahat lain. Pada hal jika himpunan itu dibenarkan, tanpa gangguan pancutan air dan gas pemedih mata, saya yakin ia akan berjalan secara aman.

Saya merasakan inilah yang terjadi apabila pemimimpin yang berkuasa itu, pertamanya dia tidak mememahami situasi masa kini, Kedua, tidak memmahami asporasi generasi baru dan ketiga, kemahuan untuk mempertahankan kuasa melebihi segala-galanya. Inilah yang menimbulkan masalah.

Disebabkan mereka tidak memahami situasi masa kini dan tidak bersedia walaupun hanya untuk mendengar suara rakyat, menyebabkan meruncingnya suasana politik masa kini. Umno/BN telah memerintah 54 tahun, suatu tempuh yang sangat

lama dan ini menyebabkan mereka terlalu yakin bahawa mereka tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapapun dan setiap suara yang bersifat kritikal dengan kekuasan mereka akan ditentang.

Dengan itu walaupun Himpunan Bersih 2.0 itu hanya menuntut pengurusan pilihan raya yang bersih dan adil ia telah ditafsirkan sebagai usaha mencabar kekuasan mereka. Maka terjadilah apa yang terjadi.

Sungguh malang, selepas 54 tahun merdeka, pemimpin pemerintah masih berfikir seperti zaman 70-an atau 80-an dengan segala yang ada pada zaman itu. Mereka perlu sedar bahawa mereka berada di zaman dunia siber dengan maklumat yang sangat terbuka. Kita telah merdeka tetapi belum menikmati kebebasan.

sumber klik SINI

Unggun Bersih


Semakin lara kita ditelan bara
Kita laungkan juga pesan merdeka
Demokrasi sebenderang mentari

Sehasrat hajat semurni harga diri

Lama resah kita
Demokrasi luka!


Lama duka kita

Demokrasi lara!

Demokrasi yang angkuh

Kita cemuhi!

Suara bebas yang utuh
Kita idami!

Dua abad lalu

Sam Adams berseru ( di Boston dijirus teh ke laut biru ):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu
Diperlu hanya unggun api yang syahdu


Kini, menyalalah unggun sakti itu


Kini, merebaklah nyala unggun itu



hasil nukilan Sasterawan Negara, A. Samad Said.....

Pokok

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

[*]
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada

[**]
Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang [*]

Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana.. na…

Kau masih ada ulang 2x
Kau masih adaaa… ooooooooo!

Ulang [**]

Tanya sama pokok…

Fakta Yang Tertinggal

20 Fakta Tentang Israel Yang Tidak Diketahui

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.


sumber

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook