Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

5 Kunci Rahsia

Hadis :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :
Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:" "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

Akhirnya Sempurna...

Alhamdulillah dan dipanjatkn segala kesyukuran ke hadrat illahi kerana setelah berada selama setahun di bumi utara ini (tp bkn negeriku),akhirnya sempurna sudah segala aktiviti selama waktu tersebut. Walaupun saya masih lg mepunyai 1 lg paper yg perlu diselesaikan, tp saya perlu membuat posting yg bleh dianggap sebagai post terakhir sebelum saya sampai ke rumah.

Ini kerana kalau dipostingkn pd esok hari time habis paper lg 1 tu mgkin sudah x sempat kerana kesibukan untuk mengemas barang dan menyelesaikan hal-hal yang lain. Lagipun, mgkin selepas pulang ke rumah, saya akan berehat lama dari mengupdate blog ni disebabkan ketiadaan sumber untuk menghubungkan laptop ni dgn dunia IT.
Ketika ini, member2 len kebanyakannya sedang sibuk mengemas barang untuk pulang dan ada jgk yg masih lg study walaupun time mood nk blik lg tinggi (haha). Maklumla, paper esok satu-satunya harapan untuk menebus paper sebelum ni yg agk teruk.

Sebenarnya byk perkara yg dipelajari time berada setahun kt cni. Pengalman mengenali member2 pn byk jgk. Boleh kata 50 peratus jgk la dpt mengenali isi hati masing2. Byk jgk perkara2 yg elok dan x elok time dok kt cni. Tp xpe, yg x elok 2 boleh jadikan pengalaman dlm hidup. Boleh jgk digunakan dlm menghadapi tahun yg seterusnya dan memperbaiki pointer. Yg penting, mendapat keredhaan Illahi. Itu yg utama sekali dlm kehidupan kita.

Rasaya mgkin ini sahaja coretan saya setakat ini. Lagipun xde idea dh la ni. Tengah pikir nk jwb exam lagi esok ni. Aduhhh, letih2. Tp, jgn jadikan alasan untuk kita mundur ke belakang dalam menghadapi cabaran yg mendatang(haha..ayat nk sempoi).
Wsalam…………….

Dunia Zaman Kini

Tak ke rasa macam plik artikel ni. Jom kita usha sama2.

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.

Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan.

"Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu.

Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata:

"Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Medan Damansara -milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu.

inilah rencah dunia sekarang ni. ditegur salah, xtegur pn salah. aduhhh... dh nama pn manusia, ad salah dan silapnya yg tersendiri. renung-renungkan......
www.malaysiakini.com

Tu Diaaa....

Bekas polistirena punca barah?

SEBAHAGIAN daripada bekas polistirena yang digunakan untuk membungkus makanan dan sebagai pinggan makanan.
ISU pencemaran alam sekitar seharusnya tidak boleh dipandang remeh oleh generasi pada hari ini kerana bumi yang didiami kita pada hari ini semakin tenat dengan longgokan sisa-sisa domestik, sampah sarap dan pelepasan gas hijau ke udara.

Bahan-bahan buangan yang sukat dilupuskan secara semulajadi seperti polistirena sepatutnya dikurangkan penggunaan atau tidak digunakan langsung. Selain ia mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk lupus, bahan itu juga dikatakan turut menjadi agen kanser.

Wartawan Utusan Malaysia, MUHAMMAD DAYNE AZMIN cuba mengupas isu ini dari pelbagai perspektif dari aspek alam sekitar dan kesihatan di samping cuba mencari alternatif menggantikan penggunaan bekas makanan polistirena ini.

KUALA LUMPUR 1 Mei – Penggunaan bekas polistirena perlu diharamkan kerana bahan stirena yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan barah pada organ dalaman manusia terutama sistem pencernaan, sel darah dan hati.

Selain itu bekas berwarna putih yang sering digunakan untuk mengisi makanan itu juga memberikan kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia tidak boleh diuraikan secara semula jadi.

Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun stirena yang berasal dari phemynl memang boleh memberi masalah kepada sistem kesihatan.

‘‘Organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan dan turut boleh melibatkan darah serta hati.

‘‘Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Oleh itu, beliau mengharapkan penggunaan bekas polistirena ini diharamkan seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara-negara maju.

‘‘Bukan sekadar kepada kesihatan malah turut memberi kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia mengambil masa selama beratus-ratus tahun untuk terurai,’’ jelasnya.

Penggunaan bekas polistirena cukup popular di negara ini kerana ia kelihatan bersih dan ringan serta mudah digunakan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut mendedahkan bahawa bekas polistirena memberikan ancaman kepada kesihatan dan alam sekitar ternyata memerlukan perhatian daripada banyak pihak.

Ini kerana bahan stirena yang terdapat dalam ppolistirena boleh menjadi agen penyebab kanser apabila ia meresap masuk ke dalam makanan.

Presiden Cpolistirena biasanya mengandungi sedikit sisa stirena kerana proses pembuatannya tidak 100 peratus berkesan.

‘‘Terdapat dua cara stirena ini boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari.

‘‘Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam badan dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,’’ jelasnya di dalam satu kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya lagi, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser.

‘‘Kesan buruk stirena ini akan menyebabkan mutagen yang boleh memberi perubahan genetik.

‘‘Mutagen mungkin akan menyumbang risiko kanser dan merosakkan sistem pembiakan,’’ katanya lagi.

Beliau seterusnya berkata, pengeluaran polistirena juga membabitkan penggunaan benzena iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia.

‘‘Di Britain, terdapat kajian mendapati bahawa polistirena dalam plastik yang digunakan untuk makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena,’’ jelasnya.

Sehubungan itu, CAP berharap orang ramai dapat mengubah trend dengan membawa bekas sendiri semasa membeli makanan daripada penjaja.

‘‘Dengan amalan ini, ia dapat mengelakkan orang ramai daripada terdedah kepada bahan-bahan penyebab kanser yang terdapat di dalam bekas makanan polistirena,’’ ujarnya.
www.utusan.com.my

Lirik Lagu SurgaMu

Sebenarnya tgah boring ni.. Xtau nk buat ap plak.. Sje upload lagu ni.. Sebab dia pya lirik memg mnyentuh jiwa.. Ada maksud tertentu yang perlu difahami..

SurgaMU-Ungu

Segala yang ada dalam hidup ku..
ku sedari semua milikmu..
ku hanya hambamu yang berlumur dosa..
tunjukan aku jalan lurusmu..
untuk mengapai surgamu..
terangi ku dalam setiap langkah hidup ku..

karena..
ku tahu..
hanya kau tuhan ku..

ALLAHUAKBAR...ALLAH MAHA BESAR..
ku memuja mu di setiap waktu..
hanyalah pada mU..
tempat ku berteduh..
memohon redha dan keampunan mu..

Nilai Tudung Dalam Kehidupan


Di sini ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
www.darulnuman.com

Tiada Lagi Selesema Babi

Rileksss...bkn xdk dh selesema babi ni... cuma tukar nama je pn.. dri selesema babi ke H1N1 influenza A. Selesema ni masih ad lg n kita semua kena lagi berjaga-jaga lg. Jgn seronok cgt. Lps ni x jijik cgt la kalo nk sebut nama penyakit ni. Tgk dlm tv3 td dia ckp penukaran nama ni sbb punca penyakit yg pd awalnya dikatakan berpnca kt ladng babi di sebuah kampung kt mexico 2 xbenar n telah dibuktikan. Sebelum ni pn Amerika ad gk kuar kenytaan nk tukar nama jd flu babi (kalo x clap la).
Ni kt bwh ad keterangan lanjut dlm Berita Harian tntg penukaran nama penyakit ni.

WHO henti gunakan nama selesema babi

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak akan menggunakan nama “selesema babi” bagi mengelakkan kekeliruan mengenai bahaya yang berpunca daripada babi.

Jurucakap WHO, Dick Thompson berkata perubahan nama itu timbul selepas kementerian pertanian dan agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan kebimbangan bahawa nama “selesema babi” mengelirukan pelanggan mereka.

Katanya, WHO akan menggunakan nama saintifiknya “H1N1 influenza A”.

WHO meningkatkan amaran penyakit itu kepada tahap 5 kelmarin, satu langkah saja daripada tahap paling tinggi yang menandakan wabak global. Ketua WHO, Keiji Fukuda berkata setakat ini belum ada keperluan untuk meningkatkan lagi tahap amaran itu. - AP

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook