Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Tok Guruku Dibelasah Lagi..

TOK GURUKU terus mencari modal untuk mendapat publisiti dan pemerhatian umum kepadanya. Orang politik kena begitu, kena kreatif dan pandai melemparkan batu ke dalam semak, biar orang ramai-ramai terkejut dan berpaling ke arahnya. Kalau malu-malu dan tidak menonjolkan diri macam siput dan kura-kura selamanya orang itu tidak akan dikenali. Orang politik harus senantiasa ada idea dan mampu meletak diri di atas langit orang lain.

Cara Nik Aziz setiap kali lempar batu dengan menimbulkan pandangan dan pendapat yang kontroversi tak ubah seperti seorang budak cerdik hendak meleraikan perbalahan orang tuanya. Budak itu buat-buat sakit, mengaduh dan melaung untuk mendapat perhatian kedua orang tuanya. Akhirnya orang tuanya berhenti bertengkar berlari untuk membantu anaknya itu. Masa inilah si budak atau pun orang yang memerhati gelagat kedua orang tua itu mengambil kesempatan untuk mendakwah atau memperbaikan semula kedua ibubapa berkenaan.

Begitu juga saya nampak maslahatnya, apabila Nik Aziz dipetik sebagai berkata dia tidak bangga jadi Melayu oleh sebuah akhbar yang memang antinya dan pernah disaman olehnya dan pernah juga meminta maaf kepadanya. Kata-kata Nik Aziz itu menyebabkan hari ini sekalian orang termasuk juga haiwan yang membencinya berpaling muka ke arahnya. Mengkritik pandangan dan pendirian Nik Aziz itu. Secara tidak langsung juga bila Nik Aziz mampu menjadi perhatian umum mencerminkan dia masih sihat walafiat.

Sekali lagi Nik Aziz berjaya meletakkan dirinya dalam mata dan hati orang. Lebih aula, gara-gara itu memberi ruang kepada Nik Aziz ataupun oleh orang memahami pegangan politiknya menjelaskan akan ketidakfahaman ataupun kebutaan orang terhadap pendirian Nik Aziz itu. Mereka yang jahil akan beroleh kecerahan jiwa dan akal dari implikasi dicetuskan Nik Aziz.

Betapa tidak, akan ada ulasan mengenai pendirian ataupun kata-kata Nik Aziz itu. Akan ada perdebatan hangat mengenainya. Wujud pro kontra yang akhirnya membuah konklusi kebenaran terhadap apa yang menjadi pegangannya itu.

Banyak yang murih dan marah apabila Nik Aziz mengatakan dia tidak bangga menjadi Melayu. Dua tiga orang pemimpin Umno mula mengutuk Nik Aziz dalam tv dan juga akhbar. Orang yang pernah menjadi ahli Umno kena pecat dan kini terhegeh-hegeh ingin kembali berlumut semula dalam Umno juga kritik, meminta nak Aziz tunjuk diri. Seorang pemimpin pula kritik dan bidas Nik Aziz siap dengan membaca ayat-ayat Quran. Kutukan ini akan berterusan selari dengan isu pembunuh taukeh kosmetik.

Ayat-ayat cinta Allah itu dan hadith boleh dibaca oleh sesiapa saja yang kenal huruf Arab. Bacaan tambah sedap dan merdu kalau belajar taranum dan tahu pula tajwid. Susahnya... nak faham dan amalkan mesej atau suruhan yang dimaktubkan di dalam ayat berkenaan. Walaupun setengahnya larangan disebut jelas oleh Quran dan mudah dimengertikan, tetapi tetap juga tidak dituruti.

Kalau dibanding secara emprikal antara beberapa orang yang membaca ayat Quran untuk membidas Nik Aziz, jelas mereka lebih buruk, huduh dan busuk dari Nik Aziz. Lebih keji dari Nik Aziz.

Baik kesalahan kecil dan besar termasuk yang boleh dihukum dibawah kanun Hudud pun ada diperlakukan oleh orang-orang yang mengkritik Nik Aziz ini. Sekiranya hukum hudud dilaksanakan dan mereka terbukti bersalah mungkin setengahnya hanya ada tangan sebelah saja kini! Jadi siapa yang boleh dipercayai antara mereka dengan Nik Aziz?

Apabila Nik Aziz mengatakan dia tidak bangga jadi Melayu dan akan bangga dikenali sebagai seorang muslim, sebenarnya pendirian dan prinsip itu betul dan tepat. Pendirian itulah yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah. Pendirian beliau itu bersendikan kepada agama dan bukannya kepada adat. Itulah hakikat prinsip manusia Islam. Kalau kita bersendikan kepada adat, maka Melayu kena diutamakan. Tetapi lain dengan beliau, beliau mengutamakan agama dari bangsa. Nik Aziz bukan nasionalis, tetapi seorang agamawan. Beliau bukan saja hidup atas dunia nyata tetapi siap untuk kembali ke dunia ghaib.

Skop perjuangan partinya bukan bersendi dan bermatlamatkan bangsa, tetapi ia meluas kepada perjuangan manusia (Islam) sejagat. Bagi Nik Aziz memperjuangkan Melayu dalam konteks bangsanya saja, adalah perjuangan menirus, sempit dan bukan menuruti perintah Allah. Ayat yang bermaksud Tuhan jadi kamu berbangsa-bangsa dan beragama, buka bererti Tuhan suruh kita tegak atas bangsa kita tetapi maksud kenal mengenal itu mengetahui kebesaran Allah. Kenal disitu hendaklah kita membawa manusia ke Syugra dan bukannya ke Neraka. Selepas kita kenal dakwahlah mereka ke jalan Allah. Kalau kita mengenali bangsa lain dan menurutinya, itu bertentangan dengan prinsip Allah. Jangan keliru mengenai ayat ini.

Justeru saking pegangan itu, apa-apa juga keputusan, pandangam tindak tanduk beliau hatta politik beliau ukur dari aspek agama yang syumul. Beliau bercakap atas sifat manusia bukan atas ras atau kaum. Kerana itu pemikirannya sejagat melewati ke tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Beliau tidak berfikir di bawah serkup ayam di belakang rumah, Mat Maslan!

Dia juga berpegang kepada matlamat akhir hidup seseorang manusia yang mempercayai kepada hari akhirat. Beliau menyakini rukun imam, rukun Islam yang boleh membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat dan bukannya rukun Negara atau slogan 1 Malaysia yang diilhamkan Najib Razak itu.

Alasan ataupun pendirian itu juga penting. Kepercayaan Nik Aziz manusia bukan hidup di sini saja tetapi masih ada perkiraan di akhirat besok. Selepas mati manusia akan disoal di Yaumimashar. Manusia akan diajukan dengan beberapa soalan. Soalan-soalan inilah dirumuskan oleh beliau yang akhirnya beliau menyimpulkan dan berpegangan bahawa mengenai bangsa ini tidak penting dan aula.

Soalan-soalan (tamsir ibarat) yang akan disoal sesudah roh berpisah dengan jasad ialah mengenai siapa nama Tuhan, siapa Nabi kamu, apa kiblat kamu, dan siapa kawan kamu? Dalam rangkaian soalan-soalan cepu emas ini tidak ada pun soalan mengenai bangsa atau kaum ataupun harta benda?

Jadi di sinilah Nik Aziz menggubal keyakinan dan piagam hidupnya yang dibawa juga dalam kepercayaan dan permainan politik. Dan didalam al Quran dan hadith itu juga tidak pernah menyebut manusia paling baik dari mana-mana bangsa. Hatta bangsa Arab pun tidak disebut hanya diceritakan bangsa itu melahirkan Nabi dan keturunannya. Apa yang disebut berkali kali dan berkali kali, ialah manusia yang beriman dan bertakwa. Tiada jaminan terhadap mana-mana bangsa atau kaum di dalam Quran yang menyatakan kaum dan bangsa tertentu akan memasuki syurga. Muhamamd sendiri tidak masuk ke syurga kerana ia dari kaum Quraisy, tetapi kerana dia seorang hamba yang beriman dan bertakwa.

Makanya kalau soal bangsa itu penting dan boleh dibawa mati tentu sudah diceritakan di dalam Quran. Kalau adalah mestilah ada di mana-mana jerung (sudut) dalam Quran menyebut mengenai hal itu. Apa lagi mengenai bangsa Melayu satu bangsa termuda di dunia, tidak ada langsung. Usahkan sebut dibayang-bayangkan pun tidak ada. Hakikat ini menyebabkan Nik Aziz tidak merasakan penting dan bangga langsung terhadap Melayu dalam konteks kehidupannya untuk kali kedua nanti.

Terus terang saya juga tidak setuju dengan Nik Aziz mengenai hal ini, kurang memperjuangkan bangsa. Bagi kita yang melihat nama Melayu itu penting, akan marah padanya. Nampak beliau sudah murtad dari Melayu. Memang dari segi semangat dia sudah murtad, kerana tidak lagi mempertahankan perjuangan bangsa yang bersifat duniawi. Tetapi kita harus faham wujud perbezaan falsafah dan matlamat berpolitik di sini antara kita dengan beliau.

Pembinaan masjid bercirikan budaya Cina di jokir (laman) rumah saya di Rantau Panjang saya kurang setuju dan tidak melihat manfaatnya. Saya tidak nampak alasan untuk mengurangkan perasaan perkauman dengan pembinaan masjid itu. Kerana di Kelantan tidak perlu lambang-lambang seperti itu kerana Kelantan tidak pernah berlaku perang perkauman.

Masjid yang wujud di Rantau Panjang itu perlu wujud di Kuala Lumpur, Ipoh, Penang atau Johor Bharu. Tetapi bila ia wujud di Rantau Panjang ini menyebabkan saya merasa kurang bersetuju. Secara tidak sedar alasan diguna pakai tadi untuk mengurangkan perkauman memakan diri sendiri kerana seolah-olah Kelantan lubuk perkauman!

Namun bab beliau menolak Melayu dan menerima Islam adalah sesuatu yang hakikat dan itu adalah kelebihan dan keberanian Nik Aziz. Sebagai ulamak beliau telah membawa banyak pembaharuan dan memecah pemikiran lapok orang Melayu. Begitu juga pendiriannya mengenai Melayu ini sebahagian dari pembaharuan dan keberanian beliau dalam berdepan dengan kejumudan akal dalam menerima dan berpegang kepada sesuatu perkara.

Sememangnya bagi Nik Aziz tiada apa yang boleh dibangga kepada Melayu. Mungkin kita ramai-ramai akan memikir dan bermahasabah semula akan kekeduhan hati kita kepadanya dalam hal ini.

Apakah kita semua boleh berbangga kepada Melayu kalau mereka mengkhianati bangsanya sendiri, menjual hasil negara dan tidak langsung memelihara maruah negara. Apakah kita boleh berbangga dengan Melayu kalau mereka sendiri memalu dan memenjarakan pemimpin Melayu? Apakah kita boleh berbangga kalau Melayu sendiri menjual bangsa sendiri. Persoalan dan pertanyaan itu boleh kita renung dan jawab sebelum tidur, kemudian cuba padankan dengan yang Nik Aziz pertegaskan itu.

sumber: http://msomelayu.blogspot.com

Ramadhan bulan tarbiah, jihad

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.

“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.

Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.

“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.

Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.

Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.

“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.

Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.

Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya.

sumber: HarakahDaily

Jika anda seorang wanita DAN Jika anda seorang lelaki,

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

sumber: KedahLaNie

Jentera enjin terbaik


ENJIN TFSI bersesaran dua liter yang dipadankan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan S tronic pasti tidak mengecewakan.


AUDI menyasarkan cita-cita untuk menjadi pengeluar kereta mewah nombor satu di pasaran global menjelang tahun 2015. Dengan permintaan kukuh kenderaan Audi di pasaran utama seperti Jerman, Eropah, Amerika Syarikat (AS), China dan Australia secara tidak langsung memberi pengaruh sama ke atas rantau lain. Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara nampaknya tidak terkecuali.

Justeru, pengenalan model Audi A5 Coupe baru-baru ini sememangnya memberi petanda signifikan terhadap visi Euromobil Sdn. Bhd. dalam mengukuhkan jenama tersebut di Malaysia. Menjadi pengimport dan pengedar eksklusif jenama Audi sejak 2003, Euromobil sememangnya komited dalam memberikan produk terbaik kepada para pelanggannya.

Usaha itu berbaloi apabila perkongsian pasaran Audi menyaksikan angkanya meningkat daripada 215 unit (2008) kepada 435 unit pada tahun 2009. Tahun ini, sasaran yang diletakkan ialah sebanyak 700 unit.

Audi A5 Coupe mengangkat falsafah Vorsprung Durch Technik, bermaksud kemajuan menerusi teknologi yang dipegang oleh Audi sejak sekian lama. Jentera dua pintu ini menampilkan reka bentuk yang sporty. Kejuruteraan berteknologi tinggi Audi terserlah melalui rekaan lampu LED yang ada pada setiap sisinya.

Februari lalu, model itu diangkat selaku pemenang Anugerah Reka Bentuk di Jerman. Ia merupakan kemenangan keempat Audi yang sebelum ini diperoleh oleh model Avant, A3 dan A2.

Bercakap tentang prestasi, apa lagi yang anda mahukan daripada unit enjin TFSI penuh kuasa itu? Dinobatkan sebagai International Engine of the Year selama lima tahun berturut-turut, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 211 bhp @ 4,300 - 6,00 rpm dan tork maksimum 350 Nm pada putaran enjin cuma 1,500 - 4,200 rpm sahaja!

Kuasa enjin diagihkan kepada rodanya menerusi sistem kotak gear klac berkembar S tronic tujuh kelajuan. Diseimbangkan dengan pacuan empat roda Quattro, anda boleh mengharapkan aspek pemanduan dan pengendalian yang cukup dinamik.

Biarpun Audi A5 Coupe yang ditawarkan hanya dalam satu varian (S Line), Euromobil bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk membawa masuk varian lain andai diminta oleh pelanggan.

Pengerusi Euromobil, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil turut membayangkan pihaknya bakal melaksanakan program pemasangan tempatan (CKD) kenderaan Audi. Sasaran peribadinya adalah menjelang tahun 2012.


AUDI A5 menampilkan rekaan hadapan yang cukup maskulin.


Namun begitu, sebelum beliau dan pasukan Euromobil boleh melobi pihak Audi AG, takat jualan yang perlu dilepasi ialah sebanyak 1,000 unit setahun. Jika melihat kepada trend populariti Audi sekarang, angka itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai.

Sebabnya, Euromobil kini terpaksa menunggu peruntukan kenderaan daripada pihak Audi AG di Jerman bagi memenuhi permintaan tempatan. Keadaan ini membuatkan peminat Audi di Malaysia perlu menunggu lebih empat bulan untuk memandu kereta idaman mereka. Jangan berkecil hati. Masalah itu bukan sekadar berlaku di sini, malah di seluruh dunia.

"Program CKD harus melihat kepada aspek skala ekonomi. Fokus mungkin lebih terarah kepada model SUV kompak Audi Q5 dan sedan Audi A4. Jika semuanya berjalan lancar, proses pemasangan akan dilaksanakan di kilang Hicom di Pekan, Pahang," kata Khamil optimis.

Selari dengan perkembangan jenama Audi, Euromobil mengambil langkah mengukuhkan rangkaian perkhidmatan selepas jualannya. Ia dilaksanakan menerusi penambahan pusat 3S dan terminal di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Johor selain Juru, Pulau Pinang menjelang suku pertama dan kedua tahun hadapan.

Dijual pada harga RM399,900 seunit di atas jalan tanpa insurans, Euromobil meletakkan sasaran jualan sebanyak 20 hingga 30 unit Audi A5 pada tahun ini.

Jadilah pemandu hijau


KERETA hibrid dicipta bagi mengurangkan kadar pengeluaran asap ke tahap paling minimum.


KETIKA Ford model T diisytihar sebagai model produksi pertama kenderaan bersifat komersial pada era 1900, ia langsung tidak dijangka menjadi antara penyumbang utama pencemaran alam sekitar.

Kekaguman dunia terhadap industri automotif memuncak tanpa adanya kesedaran bahawa kemudahan yang kita kecapi hari ini penyebab kemusnahan dunia.

Hakikat bahawa pencemaran oleh gas karbon monoksida hanya disedari 70 tahun selepas itu dengan negara maju mengambil inisiatif memperkenalkan alat catalytic converter, had pengeluaran asap dan jangka hayat kenderaan.

Ironinya, sifat rakus gergasi automotif terus-menerus memonopoli industri menyebabkan pencemaran daripada sektor automotif tidak pernah berkurang.

Betapa dunia kita hari ini jatuh sakit kerana sumbangan teknologi yang tidak mempedulikan masa depan dunia untuk generasi akan datang. Dengan pencairan ais di Kutub Utara, pemanasan global dan kesan rumah hijau, tidak mustahil dalam 100 tahun lagi kita tidak mampu lagi mendapat oksigen bersih tanpa memakai topeng.

Realitinya, negara-negara maju menjadi penyumbang besar dalam aspek pemanasan global. Pencemaran yang menghasilkan emisi karbon dioksida membentuk satu pakatan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC).

Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim sejak sejak awal 1990-an yang dikemukakan, menghasilkan Protokol Kyoto pada 1997 yang bertekad untuk mengurangkan kepanasan global menjelang tahun 2050.


JANGAN biarkan enjin hidup dalam tempoh terlalu lama, misalnya ketika menunggu orang.


Dalam perihal isu tenaga nuklear Iran dan Korea Utara, kita mengenali Amerika Syarikat (AS) yang melantik dirinya menjadi polis dunia, padahal AS merupakan satu-satunya negara yang tidak menandatangani Protokol Kyoto.

Saya sebenarnya melihat tindakan itu sebagai sangat keji bagi sebuah negara yang mencemarkan udara dengan kadar karbon sebanyak 16 peratus, kedua tertinggi di dunia. Negara-negara lain seperti China (17 peratus), Kesatuan Eropah 11 peratus dan seterusnya Indonesia 11 peratus.

India, Rusia, Brazil, Jepun, Kanada, Mexico dan Malaysia telah pun masuk dalam 141 buah negara yang bersetuju menandatangani protokol tersebut.

Malaysia juga antara negara di rantau ini yang komited dalam polisi Teknologi Hijau malah, dalam Dasar Automotif Negara (DAN) yang dibentangkan tahun lalu, ia termaktub bersama. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Syarikat-syarikat yang mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan dan Status Perintis.

Jadi apakah peranan kita? Kita tidak perlu menjadi seperti Al-Gore atau membeli Toyota Prius jika tidak mampu. Kita boleh bermula dengan tidak membuang puntung rokok, plastik sampah atau sisa makanan dari dalam kereta.

Jika anda ada pilihan ke sesuatu destinasi menggunakan pengangkutan awam, gunakan sebaiknya. Bayangkan jika sejuta orang di Kuala Lumpur memiliki persepsi yang sama, udara kita akan jadi lebih bersih.


KARBON monoksida yang keluar daripada ekzos kenderaan memberi kesan buruk kepada alam sekitar.


Jika terpaksa berhenti dalam kenderaan, matikan enjin dan buka tingkap kenderaan. Di sesetengah negara maju, menghidupkan enjin kereta melebihi lima minit tanpa bergerak menjadi kesalahan.

Malah, teknologi idle stop n Go, kini sedang gigih diusahakan banyak pengeluar hari ini untuk memastikan kenderaan tidak mengeluarkan karbon monoksida ketika kereta tidak bergerak.

Pokoknya, adalah kesedaran dan ada inisiatif untuk bermula. Tidak susah untuk menyimpan bekas plastik makanan di dalam kenderaan dan membuangnya di stesen minyak. Ini bukanlah isu politik atau ekonomi, kesedaran ini adalah berasaskan isu moral.

Ada banyak contoh pesimis yang mana selalunya orang berkata bahawa dunia tidak akan berubah hanya dengan tindakan satu atau dua orang. Seperti yang saya utarakan tadi, kita perlu ada kesedaran. Sebab jika kita tidak bermula, sampai bila-bila pun dunia akan terus tercemar.

Sumber: Kosmo

Ke Mana Pergi Subsidi Kami ???



Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Pengiktirafan 2010 Brabus

Dalam tempoh lebih tiga dekad, Brabus terus mencatatkan kejayaan yang membanggakan termasuk memegang rekod kenderaan terpantas bagi kategori sedan, coupe dan SUV selain terus kekal pada kedudukan itu tanpa sebarang saingan.


FOKUS utama Brabus adalah memaksimumkan prestasi enjin untuk kepuasan pelanggan.


JENAMA Brabus bukanlah satu nama asing yang perlu diperkenalkan dalam industri pemotoran. Dikenali kerana menghasilkan kenderaan mewah yang berprestasi tinggi, jenama itu terus kukuh dan semakin berkembang sejak ia mula diasaskan oleh Prof. h.c Bodo Buschmann yang juga Ketua Pengawai Eksekutif syarikat itu di Bottrop, Jerman pada 1977.

Kini syarikat itu antara pengeluar utama kenderaan berprestasi terbesar di dunia dengan kualiti penalaan kenderaan selepas pasaran khususnya bagi jenama Mercedes-Benz, Smart dan Maybach.

Fokus utama Brabus untuk memaksimumkan prestasi enjin dengan meningkatkan kuasa kuda dan torknya di samping melakukan pengubahsuaian kenderaan mengikut cita rasa pelanggan.

Ia menawarkan pengubahsuaian ringan bermula daripada pemasangan spoiler, bodykit dan rim aloi multi-piece sehingga ke peringkat meningkatkan prestasi kenderaan seperti pemasangan LSDs, sistem ekzos perlumbaan dan pemetaan enjin.

Jika diukur prestasi enjinnya, ia bermula dari serendah 200 kuasa kuda (150 kW) blok K4 untuk model SLK Roadsters dan CLK-Class sehingga ke 730 kuasa kuda (540 kW) blok turbo berkembar bagi model CL-Class, CLS-Class, G-Class dan S-Class.


BRABUS dikenali sebagai pengeluar utama kenderaan berprestasi dunia.


Dalam tempoh lebih tiga dekad, Brabus terus mencatatkan kejayaan yang membanggakan termasuk memegang rekod kenderaan terpantas bagi kategori sedan, coupe dan SUV selain terus kekal pada kedudukan itu tanpa sebarang saingan.

Di Malaysia, jenama itu mula bertapak sejak tahun 2001 melalui usaha sama syarikat Naza-Brabus Motor Sdn. Bhd. sebagai pengedar tunggal termasuk di Singapura dan kini mempunyai dua cawangan yang terletak di Petaling Jaya dan Bangsar.

Baru-baru ini, Brabus diundi sebagai jenama penalaan kenderaan terbaik dan popular oleh majalah kereta terkemuka Jerman, auto motor und sport bagi tahun kelima berturut-turut sejak tahun 2006.

Undian itu disertai hampir 100,000 orang pembaca dan dalam tinjauan yang dilakukan, keupayaan jenama itu sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi apabila mendapat 49.2 peratus undi.

Kejayaan itu membolehkan syarikat tersebut mendapat gelaran sebagai Jenama Terbaik 2010 dalam kategori Syarikat Penalaaan Kenderaan.




"Kejayaan kali kelima ini mengesahkan falsafah Brabus dalam membangunkan dan membina kenderaan berprestasi tinggi yang eksklusif di samping penalaan komponen-komponen utamanya," kata Buschmann.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin juga mengalu-alukan penghormatan yang diberikan terhadap Brabus.

"Ini membuktikan kejayaan Brabus dan sebagai pengiktirafan bahawa jenama itu semakin diterima ramai. Ia menunjukkan komitmen jenama ini dalam memenuhi kehendak para peminatnya," katanya.

sumber:KOSMO

Sejarah April Fool Yang Dah Mem'FOOL'kan Kita

Assalamualaikum..w.b.h. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day
sebagai renungan kita bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se'ISLAM' mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita semua... Renung-renungkan....

dipetik dari sumber tertentu

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia

Penulis Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

sumber: harakahdaily.net

Jenama pilihan di seluruh dunia

PENDERITAAN dan kesengsaraan rakyat Jepun akibat Perang Dunia Kedua menyebabkan rakyat negara tersebut menyimpan keazaman untuk bangkit daripada sejarah hitam.

Perang Dunia Kedua merupakan peperangan paling dahsyat dalam sejarah dunia moden apabila ia mengakibatkan kerosakan harta benda dan mengorbankan kira-kira 50 juta nyawa.

Perang Dunia Kedua itu melibatkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Soviet dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun).

Bagaimanapun, Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah tersendiri apabila ruang udara dan senjata nuklear digunakan buat kali pertama.

Lebih malang, senjata nuklear telah digunakan dua kali dalam pertempuran semasa Perang Dunia Kedua oleh AS iaitu di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun sehingga meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk negara Matahari Terbit itu.

Rentetan daripada detik hitam itu, sektor teknologi menjadi matlamat pembangunan ekonomi Jepun.

Kegigihan dan sikap tidak mudah putus asa rakyat Jepun bukan sahaja menjadi pendorong kepada mereka melakar nama dalam teknologi bahkan memartabatkan Jepun sebagai salah sebuah negara Asia moden hari ini.

Rakyat Jepun juga boleh berbangga kerana mereka menjadi antara salah satu pengeluar terbesar automotif dunia.

Sejarah automotif di Jepun bermula sejak 1902 apabila Shintaro Yoshida dan Komanusuke Uchiyama berganding bahu dalam perniagaan kecil yang dinamakan Automobile Company atau Otomobiru Shokai yang menghasilkan kereta percubaan dua lejang dengan enjin AS 12 kuasa kuda.

Usaha tersebut diteruskan oleh Torao Yamaba yang menghasilkan automobil wap dua lejang manakala syarikat milik Masujiro Hashimoto telah membangunkan kereta dinamakan Dattogo pada 1912. Kesemua kereta itu adalah kereta percubaan.

Evolusi automotif dari Jepun bermula sebagai pembuat kenderaan secara besar-besaran selepas Perang Dunia Kedua. Dua syarikat gergasi Toyota dan Honda merupakan antara pengeluar yang produktif menghasilkan kenderaan penumpang agar dapat menguasai pasaran besar di seluruh dunia.

Model Corolla dan model Civic pertama pada penghujung 1970-an merupakan detik permulaan penghasilan besar-besaran kenderaan penumpang pada masa itu.


WARGA Jepun bangga dengan pencapaian automatif mereka kerana kenderaan yang dikeluarkan mendapat kepercayaan masyarakat antarabangsa.


Matlamat utama pembuat kereta ini ialah untuk menghasilkan jumlah kenderaan dalam kapasiti besar agar dapat mengurangkan kos dalam pembikinannya.

Kenderaan itu juga dibuat dalam keadaan paling asas iaitu penciptaan enjin yang ringkas tetapi ekonomikal. Berat kenderaan dikurangkan, sistem suspensi dan pengendaliannya sekadar mencukupi untuk pasaran Asia.

Rahsia kejayaan

Dalam pada itu, kejayaan sektor automotif negara tersebut juga banyak berkait rapat dengan dasar dan pelaksanaan yang sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa oleh kerajaan Jepun.

Ini dibuktikan apabila pihak kerajaan sentiasa mengambil inisiatif menerusi perbincangan dengan pengeluar-pengeluar besar industri automotif untuk mengemaskini peraturan sedia ada agar kereta yang dihasilkan murah untuk dimiliki oleh rakyat Jepun dan selamat sebelum kenderaan tersebut dibenarkan berada di jalan raya.

Jepun merupakan antara negara pengeluar automotif dunia yang menjual kenderaan mereka pada harga paling rendah malah jenama kenderaan milik syarikat automotif Jepun digemari dan menjadi pilihan di seluruh dunia.

Antara jenama-jenama terkenal yang berjaya menembusi pasaran dunia termasuk Toyota, Honda, Mazda, Suzuki, Yamaha, Daihatsu, Hino dan banyak lagi.

Dengan menerapkan konsep pengeluaran besar-besaran menjadikan model bukan eksport atau dikenali sebagai JDM (Japan Domestic Market) sebagai penjana ekonomi domestik mereka.

Konsep yang dipraktikkan itu jelas membawa kejayaan kerana kenderaan yang dijual lebih banyak bagi menyokong pengilang utama.

Selepas tiga atau lima tahun, ia akan dijual semula kepada pelelong kereta untuk dieksport ke negara-negara lain sebagai kereta import terpakai dan bukan menjadi budaya Jepun membeli kereta terpakai.


PRIUS kenderaan penumpang paling laris di Jepun tidak terkecuali daripada krisis penarikan semula di pasaran antarabangsa kerana masalah brek.


Dengan konsep kereta yang ekonomikal dan menjimatkan Jepun cuba memasuki pasaran AS dalam meluaskan lagi pasarannya tetapi label kereta kelas ketiga telah menyukarkan mereka.

Begitupun, syarikat pengeluar automotif Jepun telah menggantikan nama kereta mereka kerana jenama memainkan peranan penting agar mereka dapat menembusi pasaran di AS. Toyota seumpamanya telah diganti dengan nama Lexus manakala Honda ditukar nama Acura.

Percaturan syarikat-syarikat pengeluar itu berjaya menarik minat penggemar automotif di AS sekali gus melonjakkan jenama mereka di persada dunia.

Dalam mengembangkan lagi jenama mereka di pasaran dunia pengeluar automotif itu turut menjalinkan kerjasama dalam memindahkan teknologi dan kemahiran kejuruteraan mereka agar penjualan di dalam dunia dapat melonjak tinggi.

Keselamatan pelanggan

Pengeluar-pengeluar automotif Jepun tidak hanya menumpukan kepada kenderaan penumpang konvensional sahaja tetapi turut membangunkan kenderaan mewah dan sport.

Dengan reka bentuk menarik, terkini dan dilengkapi teknologi canggih kereta-kereta yang dibangunkan itu mula menjadi kegilaan kepada penggemar kereta di seluruh dunia.


SEORANG mekanik memeriksa pedal gas kenderaan sport-utility (SUV) RAV4 Toyota di cawangan wakil pengedar kenderaan tersebut di Shanghai, China.


Pada masa yang sama, pengeluar-pengeluar itu juga tidak terkecuali membangunkan kereta-kereta hibrid yang mesra alam dalam memberi sokongan kepada penjagaan alam sekitar dan pemanasan global melanda dunia hari ini.

Bagaimanapun, kejayaan industri automotif Jepun digemparkan dengan penarikan semula jutaan kereta Toyota akibat kerosakan pedal minyak dan brek di seluruh dunia manakala syarikat Honda mengumumkan penarikan balik sejumlah kereta kerana masalah beg udara keselamatan.

Presiden Toyota, Akio Toyoda berasa amat kesal ekoran penarikan semula jutaan kereta buatannya di seluruh dunia kerana kerosakan pedal minyak selain menegaskan bahawa kenderaan syarikat itu adalah selamat.

Toyota mengaku pihaknya kini berdepan krisis tetapi menganggap keselamatan pelanggan amat penting. Toyota berjaya mengatasi syarikat General Motors pada 2008 untuk menjadi pengeluar kereta terbesar dunia kini berdepan dengan isu kualiti produk yang dikeluarkannya.

"Percayalah, kereta Toyota adalah selamat. Pelanggan didahulukan merupakan keutamaan kami, percayalah," kata cucu pengasas syarikat itu.

Beliau menambah, Toyota telah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi mengkaji masalah itu yang menyebabkan AS dan Kongres AS meningkatkan tekanan ke atas syarikat Jepun.

"Berhubung masalah penarikan pedal minyak di AS, Eropah dan China, kerja-kerja persediaan pembaikan sedang dilakukan di pusat-pusat pengedaran kami," kata Toyoda

Ujarnya, Toyota sedang melakukan kajian bagi mengkaji cara untuk menyelesaikan masalah brek Prius hibrid berikutan terdapat ratusan aduan daripada pemandu.

Katanya, bagi kereta-kereta Prius yang kini berada pada tangan pelanggan, beliau mengarahkan supaya satu penyelesaian dilakukan dengan segera.

Beliau juga dilaporkan telah meminta maaf kerana penarikan balik jutaan kereta buatannya di seluruh dunia akibat masalah pedal minyak dan brek.

Walaupun krisis sedang melanda syarikat automotif Jepun, kereta-kereta keluaran syarikat ini terus mendapat sambutan daripada pengguna seluruh dunia.

Ia mungkin disebabkan harganya yang murah berbanding dengan kereta Eropah, ekonomikal, reka bentuk menarik dan pelbagai faktor lain mendorong orang ramai memilih kereta jenama Jepun.

sumber: akhbar kosmo

Mahasiswa boleh kritik kerajaan- Saifuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'.

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.

Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.

Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.

Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.

Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.

Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.

Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.

Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah apabila dalam hal pembudayaan United Malays National Organisation telah memperkukuhkan teras kefeudalan Melayu lama. Simbol dan upucara feudal diperkukuh dikalangan masyarakat Melayu.Ini bertujuan untuk memastikan manusia Melayu tidak akan melarikan diri dari jaringan perangkap politik United Malays National Organisation.

Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.

Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.

Ujian yang saya maksudkan ini ialah ujian yang didatangkan oleh kes Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim yang ke dua ini akan menguji manusia Melayu dengan nilai-nilai kemelayuan mereka hingga ke akar umbi. Saya takrifkan sebagai ujian kerana apabila kes ini dibuka di mahkamah nanti maka seluruh warga Malaysia dapat membaca dan menilai apa sebenaranya disebalik pembicaraan kes Anwar Ibrahim ini.

Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi.

Sumber dari blog Tukar Tiub ( Hishamuddin Rais )

Seminar Satu Malaysia

Assalamualaikum...

Semalam aku telah menghadiri satu program universiti aku yang dinamakan Seminar Wacana Sosial: Satu Malaysia. Seminar bermula pada pukul 8.30 malam. Walaupun malas nak pergi sebenarnya, tetapi disebabkan semangat Satu Malaysia, aku pun pergi jugak.

Yang menariknya, penceramah malam itu ialah Setiausaha Politik (Setpol) Y.A.B Perdana Menteri kita iaitu antara orang penting bagi PM kita. Berbangga juga rasanya (hehehe). Pada malam tersebut, beliau cuba menerangkan apakah peranan mahasiswa dalam menjayakan gagasan Satu Malaysia ni. Banyak juga yang beliau terangkan tetapi yang penting, gagasan ni merupakan satu brand baru atau penjenamaan semula dan ada 8 nilai semuanya. Tapi dalam BI la aku tulis sebab aku tak reti nak terjemah:

1. Perseverance
2. Acceptance
3. Education
4. Integrity
5. Meritocracy
6. Humality

7. Loyalty
8. Culture of Exellence

Tapi, yang pentingnya Satu Malaysia ni kata beliau, untuk memupuk perpaduan antara rakyat kerana di situ merupakan asas kepada negara maju. Satu lagi, gagasan ini mengutamakan prinsip keadilan bukan kesamarataan. Slogannya pula adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Betul atau tak, Wallahualam.

Cuma satu ja kemusykilan aku.
Macam mana nak jawab Salam Satu Malaysia ni kalau orang ucap kat kita ?????
Ada sesiapa yang boleh jawab ?????

Adakah Secara Kebetulan ?????

Untuk mengetahui selanjutnya berkenaan gambar di atas, sila klik SINI

Adakah secara kebetulan ataupun tak, aku tak nak kata apa-apa. Masing-masing punya akal dan fikiran yang waras untuk mentafsirkannya. Bukannya mentafsir dengan akal dan fikiran yang kurang waras.

Bukan untuk mengagungkan sesiapa, tetapi ingin mengagungkan Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam iaitu
ALLAH s.w.t.

"Kepada engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada engkau sahaja kami memohon pertolongan"
-Surah Al-Fatihah: Ayat ke-5-

Jadi, ingatlah semua. Walau hebat mana pun kita di mata manusia, Allah jualah tempat kita memohon pertolongan.


Jangan Hanya Mengucapkan "Aku Cinta Padamu"

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Maulidul Rasul diucapkan kepada pembaca blog ini.

Kalau berdasarkan entry kali ini, rasa-rasanya benda apa sebenarnya yang hendak diterangkan oleh aku. Sebenarnya kali ini aku nak cerita sikit pasal kecintaan kita kepada junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.

Selalunya, kalau datang sahaja tanggal 12 Rabiulawal pada setiap tahun Hijrah, pasti ramai yang telah merancang untuk melakukan sambutan pada tarikh tersebut kerana tarikh itu merupakan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang sibuk untuk mengadakan dan ada juga yang sibuk merancang untuk mengaturkan ceramah di kawasan masing-masing. Tak salah kalau nak sambut atau tak kerana benda ni bukan isu pokok dalam Islam.

Tak kisah lah macam mana pun mereka nak adakan sambutan, janji dapat menghayati apa sebenarnya hikmah di sebalik kelahiran Rasulullah s.a.w iaitu membawa rahmat untuk seluruh alam. Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Itu penting sekali. Bukan hanya berarak dan berselawat tapi bila dah habis, tidur sampai lupa nak solat dan buka aurat. Tak guna la kalau camtu. Baik tak yah sambut. Buat rugi tenaga ja. Langsung tak hayati makna di sebalik sambutan tersebut.

Sebab tu aku tulis entry kat atas tu jangan hanya mengucapkan "Aku Cinta Padamu" tapi tak buat pun apa yang Rasulullah s.a.w buat.( Sama la macam aku sendiri pun kadang-kadang terlalai jugak. )
Sama-samalah kita lihat diri kita semula sama ada kita ni tergolong dalam jenis yang hanya cakap kosong tapi tak buat pun atau tak. Kita perlu buktikan sekali apa yang kita ucapkan tu.

Buktikan bahawa kita memang mencintai Rasulullah dengan ikut apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang serta mengamalkan sunnahnya walaupun sedikit. Kerana ada ayat mengatakan bahawa jika kita ingin mendapat cinta dari Allah, maka cintailah Nabi kita. Dengan itu, Allah akan mencintai kita. Untuk memcintai Nabi, ikutlah apa sahaja yang Nabi buat dan tinggalkanlah apa yang Nabi larang.

Ingatlah bahawa Nabi tidak sesekali melupakan umatnya walaupun ketika hendak menemui ajal dan ketika dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti. Walaupun ketika Nabi dibangkitkan di Padang Mahsyar dan boleh sahaja untuk baginda masuk ke dalam syurga, tetapi baginda tidak melakukan sedemikian. Baginda tetap mahu melihat umatnya dihisab dan masuk bersama baginda ke dalam syurga serta memberi syafaat untuk umatnya. Perkataan terakhir yang Nabi sebut ketika hendak menemui ajal dan perkataan pertama yang Nabi sebut ketika baginda dibangkitkan nanti ialah "Ummati".

Lihatlah bagaimana Nabi s.a.w begitu sayang kepada kita dan tanyalah diri kita sendiri adakah kita juga sayang dan cinta kepada Nabi s.a.w???


Satu Persoalan

http://arisawang.blogspot.com/2010/02/sebenarnya-siapa-yang-tidak-mahu.html

Kadang-Kadang Aku Terpikir

Kadang-kadang aku terpikir.....
Kenapa manusia macam aku ni kalau bab-bab dunia ni mesti nak tepat waktu, walaupun lewat seminit pun dah gabra tambah-tambah kalau time kuliah...
Tapi kalau time solat pulak, lewat sejam pun ok je. Macam tak ada apa-apa pulak.
Mungkin kalau lewat kat dunia ni kita dapat terus balasan. Tapi kalau lewat solat, tak nampak balasannya lagi. Tu yang semua asyik terleka.

Kadang-kadang aku terpikir.....

Selalu manusia asyik komplen kalau Allah turunkan hujan. Macam-macam mereka akan kata. Tapi yang peliknya, kalau Allah beri panas pulak, komplen jugak kata cuaca panas. Memang manusia ni jenis yang tak akan berpuas hati dengan segala-galanya. Janji dapat puaskan hati masing-masing. Cuba pikir sejenak sebab apa Allah turunkan hujan dan panas serta jangan komplen menggunakan akal yang Allah kurniakan tu dengan cara yang kurang waras.

Kadang-kadang aku terpikir.....

Kenapa manusia sekarang susah sangat nak jaga aurat. Bagi mereka macam tak ada apa dengan aurat tu. Tambah-tambah kalau wanita, kalau terselak sikit2 tu macam tak ada apa plak. Pastu kalau jadi apa-apa kat dia, mula salahkan orang lain. Padahal dia yang lakukan dulu gangguan seksual tu. Dia terjun sungai tapi bising kain basah. Satu lagi, pandai pulak cakap kalau pakai tudung tapi dalam tak elok baik tak yah. Biar tak pakai, janji dalam elok. Haha, lawak jugak dengar alasan macam tu. Kalau dah yang wajib tak buat, yakin ke yang lain diterima??? Sama la lelaki pun, kalau ada kuasa tak pa gak tunjuk betis time main. Tutup la dulu sebelum main.

Kadang-kadang aku terpikir.....

Time exam ja, mesti ramai yang semangat untuk cari soalan spot. Memang tak dinafikan aku sendiri pun sama jugak. Tapi adakah kita dah prepare untuk soalan yang akan ditanya ketika di dalam kubur yang telah lama dibocorkan oleh Nabi kita sendiri.

Kadang-kadang aku terpikir.....

Apa yang best sangat ni dengan kapel. Aku tengok macam terseksa je. Asyik ikut je ke mana dia pergi. Kalau tak ikut nanti, merajuk pulak. Tak bebas langsung. Lain la kalau dah jadi bini, ok la jugak. Ni masih lagi haram. Pastu, bila dah kahwin baru rasa boring plak. Dah time kapel tu macam-macam dah sembang. Time kahwin, tak tau nak sembang apa. Pastu, mula la nak curang dan sebagainya. Semua ni berdasarkan pemerhatian sendiri. Kalau dah mampu, lain la cerita. Ni 2 taun lagi pun tak tau lagi macam mana. Yang tak tahan sekali, budak-budak remaja pulak tu.

Kadang-kadang aku terpikir.....
Apa motif sebenar yang seseorang itu apabila dia hendak menjadi pemimpin. Adakah untuk mendapat kelebihan, pangkat dan kuasa atau menjadi contoh yang baik kepada anak-anak buah yang lain. Ada juga yang ingin menaikkan dan memperjuangkan Islam. Yang macam ni, Alhamdulillah. Semoga diberkati Allah s.w.t. Tapi kalau jenis yang turun dan tunjuk muka bila ada pemilihan je, yang tu baik tak yah la. Reject siap-siap la orang macam ni. Tak guna ja kalau pilih dia pun. Tak boleh diharap langsung untuk memimpin. Karut je semua tu.

Kadang-kadang aku terpikir.....

Adakah orang lain pun terpikir apa yang aku kadang-kadang terpikir????????

Sama-sama la kita pikir sendiri apa yang baik dan yang buruk untuk diri kita supaya dapat kita jadikan tauladan dan sempadan dalam hidup kita. Peringatan ini untuk aku sendiri dan juga yang lain.

Pemimpin Oh Pemimpin

Ada manusia telah dilahirkan untuk jadi pemimpin...
Ada manusia dilantik menjadi pemimpin atas dasar pengaruh...
Ada menjadi pemimpin kerana ketokohan dan pengalaman yang luas...
Ada manusia jadi pemimpin kerana memiliki wang dan kuasa...

Aku suka pemimpin yang...
Pandai bercakap dan berhujah...
Tapi aku menyampah kalau cakap tak serupa bikin..

Aku suka pemimpin yang...
Sama-sama bantu rakyat ringankan beban...
Bukan pemimpin yang menjadi beban...

Aku suka pemimpin yang...
Selalu sedekah beri bantuan...
Bukan pemimpin yang memberi bantuan untuk meraih sokongan...

Aku suka pemimpin yang...
Sentiasa merancang kemakmuran ekonomi...
Tapi bukan untuk poket sendir...

Aku suka pemimpin yang...
Betul-betul peka dengan masalah rakyat...
Bukan pemimpin yang menambahkan masalah rakyat...

Persoalannya di sini>>>

Apakah sebenarnya sifat-sifat yang ada pada setiap pemimpin dan
Apakah yang membuat pemimpin itu dihormati dan disayangi oleh semua rakyat???

1. BJAKSANA : Sentiasa mencari ilmu untuk selesaikan masalah
2. MENYELESAIKAN: Sentiasa ada cara berkesan menyelesaikan masalah
3. ADIL/AMANAH : Sentiasa jujur dalam setiap perkara
4. DERMAWAN : Prihatin dengan kesusahan rakyat
5. MENYAMPAIKAN : Bijak berhujah dan berkongsi ilmu pada semua
6. BERKESAN : Berjaya melaksanakan segala janji

Kerana inilah dia antara sifat-sifat kepimpinan yang ada pada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Ya ALLAH-Wali Band

Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Cari Pasangan-Rabbani

Mari-marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersintak si jejaka di beritakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah istrinya
Ibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-sata perjumpa
Terpesona memandang
Benarkah istrinya
Menawan sungguh cantik

Reff :
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita sholehah terpelihara

Terharu si jejaka tunduk bersyukur
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah

MasyaALLAH... Alangkah indah kalau dapat pasangan seperti yang diceritakan dalam lagu ni... Memang beruntung dunia dan akhirat. Tapi, aku kena cermin dahulu untuk dapat jodoh seperti dalam lagu ni. Dan perlu berubah kerana ALLAH. InsyaALLAH kalau lakukan sesuatu kerana-Nya, pasti akan ada balasannya.

Kuasa

Assalamualaikum dan apa khabar semua...

Huh, lama jugak tak menulis dalam blog ni. Asyik copy paste ja apa-apa maklumat. Tapi tak kisah la. Janji maklumat-maklumat yang yang dicopy paste tu dapat memberi manfaat kepada umum.

Untuk entry kali ini, saya nak cerita sikit tentang kuasa. Tapi kuasa siapa? Tentu anda tertanya-tanya kuasa siapa yang saya ingin ceritakan kali ini. Adakah kuasa manusia, kuasa superhero dalam cerita televisyen dan lain-lain lagi. Tapi bukan kuasa yang seperti itu aku nak cerita kerana kuasa itu hanyalah bersifat sementara dan tak berguna bila kita kehilangannya nanti. Kuasa macam tu boleh hilang bila-bila masa sahaja. Yang aku nak cerita ni adalah kuasa ALLAH s.w.t Yang Maha Berkuasa. Hanya Dia sahaja yang mampu memberi kuasa kepada sesiapa sahaja kerana kuasa ALLAH adalah mutlak dan tiada sesiapa pun dapat menandinginya. MasyaALLAH.

Sebenarnya, kalau kita nak tengok kekuasaan ALLAH, kat mana-mana pun boleh berlaku dan setiap masa mesti akan ada peristiwa-peristiwa tertentu. Tapi, cerita yang nak bagitau ni saja-saja ja sekadar peringatan bersama bahawa kita semua ni hanyalah hamba kepada Tuhan yang Satu iaitu ALLAH dan tiada sesiapa mampu melawannya. Kalau ALLAH kata jadi, maka jadilah ia. Tiada Tuhan Yang Layak Disembah melainkan ALLAH s.w.t.

Ceritanya macam ni, ketika aku nak keluar untuk solat berjemaah di surau waktu Maghrib semala, tiba-tiba sahaja aku seperti terpukau kerana melihat keindahan bulan purnama yang begitu menarik kedudukannya. Rumah aku sebenarnya mengadap ke sebuah bukit yang terletak di belakang kawasan perumahan kolej kediaman aku. Ketika aku melihat bulan penuh tersebut, ia terletak betul-betul di atas puncak bukit tersebut dan dilindungi sedikit oleh pucuk-pucuk pokok di atas puncak bukit tersebut. Waktu tu masih lagi kelihatan sedikit cahaya matahari dan bulan itu kelihatan seperti cahaya lampu di atas bukit dengan bentuknya yang bulat dan saiznya agak besar sedikit. MasyaALLAH!!! Keadaan itu benar-benar membuatkan aku tergamam sebentar. Tetapi, cerita ni tak menarik sangat untuk diceritakan. Sekadar hanya mahu berkongsi pengalaman.

Ketika malam pula, waktu itu lebih kurang pukul 12 tengah malam dan ke atas. Aku sedang menonton movie dalam aku punya laptop. Tiba-tiba kawanku keluar ke rumah. Mula-mulanya aku ingat dia nak kunci motornya seperti selalu. Aku pun membiarkannya. Kemudian dia masuk semula ke rumah dan menghampiriku untuk bertanyakan sesuatu. Dia kata sewaktu dia melihat web yahoo, ada kenyataan yang memberitahu bahawa malam tadi merupakan bulan mengambang yang paling cerah untuk tahun 2010. Dan yang paling menariknya, dia memberitahu lagi bahawa ketika itu, kita dapat melihat planet Marikh dengan jarak yang dekat dengan Bulan. Aku pun mula-mulanya tak begitu teruja untuk mempercayainya. Tapi, apabila dia mengajak seorang lagi kawan serumah untuk keluar melihat, aku tiba-tiba menjadi tertarik juga. Aku pun keluar dan diikuti seorang lagi ahli rumah aku.

Dia kata, bintang yang paling cerah dengan bulan itu merupakan planet Marikh. Kami pun mendongak ke atas dan mendapati memang ada satu bintang yang bercahaya terang dan warnanya juga berlainan dari bintang-bintang lain. Warnanya agak oren sedikit. Kami pun mempercayai mungkin benar itu memang planet Marikh kerana sebelum ni kalau bintang terang ni selalu orang cakap satelit tapi kali ini warna dia pun lain sedikit.

Setelah berapa minit penat mendongak ke langit, kami masuk semula ke rumah sambil di hatiku terdetik bahawa kuasa ALLAH begitu hebat sekali dan belum ada manusia yang dapat melakukan perkara sedemikian. Pada hari ini pula, kawanku yang lain telah membuka satu blog dan blog itu membenarkan kejadian yang kami lihat semalam bahawa bintang yang berwarna sedikit oren itu merupakan planet Marikh dan ketika itu sebenarnya kedudukan bulan paling dekat dengan bumi. Rasa agak beruntung juga kerana dapat melihat perkara-perkara yang jarang berlaku seperti semalam. Oleh itu, dinasihatkan kepada sesiapa yang rasa begitu bangga dengan kuasa yang dimilikinya sehingga sanggup menindas orang yang lemah dan melakukan sesuka hati apa-apa perkara dalam hidupnya, ingatlah ada lagi yang lebih berkuasa daripada mereka itu iaitu ALLAH s.w.t dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas setiap kejadian yang berlaku di dunia ini.

Mahasiswa Bukan Lagi Anak Muda Kembiri

Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 diperkenalkan, wajah mahasiswa yang sebelumnya sensitif dengan isu semasa beansur-ansur bertukar kepada wajah longlai dan ulat buku. Tiada lagi cerita tentang kehebatan mahasiswa seperti di zaman Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Hishamuddin Rais dan Kamarazzaman Yaacob. Polis tidak lagi perlu masuk kampus untuk membuat operasi menangkap dan membalun mahasiswa. Polis tidak lagi perlu mengangkut trak berisi bom asap dan pancutan air beracun bagi menghadapi wajah garang mahasiswa. Secara beransur-ansur, Pemerintah berjaya mengubah wajah sensitif mahasiswa kepada satu wajah longlai dan ulat buku seorang sang kembiri.

Namun tahun 2010 seperti membawa nafas baru kepada kebangkitan mahasiswa yang berlaku dikebanyakan kampus. Darah panas orang muda yang menggelegak kembali mempersoalkan hak dan tanggungjawab perjuangan. Dan demontrasi kembali menjadi warna untuk menyalurkan suara anti-penindasan dan ketidak puasan hati.

Demonstrasi yang terjadi di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menentang keputusan Pilihanraya Kampus yang sepatutnya dimenangi oleh kumpulan Pro-Mahasiswa kelmarin telah berjaya membuka mata ramai pihak bahawa suara demokrasi kembali bergema di kampus-kampus kita. Mahasiswa bukan lagi anak muda kembiri ulat buku. Mereka telah menjadi tebuan yang berani menggugat dan menggigit bila hak mereka dihimpit.

Di UKM, mahasiswa membantah keputusan pilihanraya di Fakulti Alam Bina dan Fakulti Kejuruteraan yang mengikut perkiraan asal dimenangi oleh Pro-Mahasiswa. Di UM pula suara mahasiswa telah berjaya mendesak pentadburan Universiti Malaya untuk membuat keputusan menggantung sementara keputusan pilihan raya kampus yang tidak telus dan memberi kelebihan kepada kumpulan aspirasi yang pro-kerajaan.

Di UPM pula, belum ada sebarang demontrasi dibuat walaupun pihak pentadbiran Universiti telah membatalkan kemenangan calon-calon Pro-Mahasiswa yang menang atas alasan yang sangat kebudak-budakan. Setakat ini belum ada maklumat dari kampus lain, tetapi ramai percaya zaman mahasiswa di cop sebagai anak muda kembiri sudah berlalu.

Kepada mahasiswa, anda generasi pemimpin masa depan negara. Yang dituntut di menara gading bukan sekadar segunung ilmu tetapi selautan kematangan dan kedewasaan. Jangan berhenti menyuarakan hak anda. Katakan benar biarpun pahit!

sumber:Kedahlanie
penulis: http://pendikargunung.blogspot.com

We Are The Youth-A.C.A.B

There was a time when the world when wrong
There was a time throught that i wa strong
Never really cared for everyone
Never really cared if sun won't shine

Coz the wrath of Oi! was far from dead
And ourselves bled the streets of the city, red!
But like a warrior i am, I've stread and survived
The darkest days & times of life

For all the years of suffering
And all the years of broken hearts
We will remember when the revolution starts
And now like a warrior that I was meant to be
I will stand in this ground with pride and dignity

We are the youth
We are the truth
We have survived the darkest time of lives

We are the youth
We are the truth
Our turn will come and we will have our day

Putihnya Lukisan-Meet Uncle Hussain

Oh dunia
Penuh dengan cerita
Ada suka, ada juga dukanya
Yang di sana sedang menakluk dunia
Yang di sini ditimpa malapetaka

Oh dunia hari ini
Oh sedihnya
Oh tanah dijajah lagi
Oh kejamnya

[Chorus]
Jika ku seorang pelukis
Akan kuwarnai dunia
Dengan warna putih
Agar tiada gelap lukisannya

Oh manusia
Tak kumengerti sifatnya
Ada mulia, ada juga kejinya
Yang si tua berbalahkan kuasa
Yang si muda mengacukan senjata

Oh maruah dijualbeli
Oh murahnya
Oh bumi terbelah lagi
Oh bencana

Ketika Cinta Bertasbih-Melly Goeslaw ft. Amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Kekasi Gelapku-Ungu

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

Ooh..

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku..

La La La Kerjalah-Meet Uncle Hussain

Oh pening kepala memikirkan tak ada kerja tanam anggur
sijil diploma ah gantung di dinding saja
oh lega rasanya jawat kerja pegawai pemasaran di pertama
rupa oh rupanya
kerja am saja

c/o
Lalalalalah hari-hari kerja
Lalalalah bosan dengan kerja hahah
Lalalalalah itu baru kerja, kerja
2x

Oh terpinga-pinga
tak puas lagi beradu
mengantuk
subuh hingga senja
oh hari-hari sama sahaja
oh nak bancuh kopi tapi gulanya tiada
minum saja
kerja bagai nak gila
oh tak juga kaya...

c/o
Lalalalalah hari-hari kerja
Lalalalah bosan dengan kerja hahah
Lalalalalah itu baru kerja, kerja
2x

Gelisah ku gelisah mengenangkan
masa depan
ku harus kerja oh mesti kerja
tiada apa yang percuma
realiti jika tiada kerja
oh papa kedana...

c/o
Lalalalalah hari-hari kerja
Lalalalah bosan dengan kerja hahah
Lalalalalah itu baru kerja, kerja
2x

Pari-Pari Di Bawah Angin-Meet Uncle Hussain

Masa
Memaksa kita
Berpisah bagi sementara
Tak pernah ku pinta

Ada..Kalanya
Kita mampu merencana
Takdir yang terlaksana

Satu hati di hujung langit
Satu..itu sepuluh
Sejauh bima sakti
Kita yakin kembali

Tinggal
Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku percaya akan mu

Tinggal
Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku akan kembali

Seksa
Tersiksa batinnya
Usah lagi kau titiskan air mata
Hati ku terseksa jua

Penantian
Benar-benar menyiksakan
Jika ini satu rintangan
Harus kita teruskan

Satu hati di hujung langit
Satu..itu sepuluh
Sejauh bima sakti
Kita yakin kembali

Tinggal
Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku percaya akan mu

Tinggal
Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku akan kembali [2x]

Lalalalala
Lalalalala
Lalalalala
Ku akan kembali[2x]

Sumber kehidupan halal bentuk peribadi mulia

Makanan daripada hasil haram jejas keperibadian, kepincangan keluarga umat Islam

KEPINCANGAN dalam masyarakat hari ini berlaku kerana terlalu melihat kepada kebendaan menyebabkan timbul perasaan tidak tenang dan berasakan apa dimiliki masih belum cukup hingga sanggup melakukan apa saja bagi memenuhi impian.

Disebabkan itu, isu keberkatan hidup tidak pernah diberi perhatian apatah lagi untuk mengambil berat perihal makanan yang dibawa masuk ke rumah dan memastikan keluarga dibimbing menurut syariat Islam.

Penceramah bebas, Zahazan Mohamed, berkata perkara yang sebenarnya penting tetapi sering diabaikan itu menyebabkan berlakunya kejadian jenayah serta keruntuhan moral yang kian hari kian menakutkan.

Katanya, jika diselidik secara mendalam, anak yang soleh dan mudah terarah kepada kebaikan bukan berlaku secara kebetulan tetapi bermula daripada asas penubuhan keluarga iaitu pemilihan pasangan, pendidikan serta sumber makanan.

"Ada hadis mengenai lelaki yang menadah tangan ke langit dan berdoa kepada Allah tetapi doanya tidak diterima kerana rezekinya haram, pakaian haram dan dibesarkan oleh susu yang haram. Jadi, jika ibu makan makanan haram, itu yang anak jadi degil dan doa tidak mustajab.

"Perkara ini penting tetapi kita suka mengambil sikap pandang mudah atau tidak menghiraukan langsung perkara itu kerana terlalu mengejar keduniaan. Hasilnya kita lihat sekarang ini generasi Islam yang pincang," katanya.

Perkembangan semasa memperlihatkan insiden jenayah rogol, pembunuhan, konflik keluarga, keruntuhan moral golongan remaja, menimbulkan persoalan di mana silapnya kehidupan masyarakat hari ini.

Pembunuhan kejam terutama di kalangan ahli keluarga, keberanian anak remaja berzina tanpa disedari ibu bapa, pembuangan bayi tidak berdosa dan kepercayaan kepada bomoh serta ajaran sesat menjadi masalah seakan tiada berkesudahan.

Zahazan berkata, sikap individualistik yang semakin menyelubungi masyarakat kini menjadikan sistem kehidupan tidak berjalan seperti yang sepatutnya sedangkan jika semua pihak mengambil berat, banyak gejala negatif dapat dibendung secara bersama.

Oleh itu katanya, tindakan drastik untuk mengubah sikap masyarakat yang lebih bersifat individualistik kepada masyarakat prihatin perlu disegerakan supaya perjalanan sistem kehidupan dapat digerakkan ke arah keadaan yang lebih baik.

"Saya masuk masjid dan khatib ingin memulakan khutbah tetapi ada anak muda sedang berbual. Saya akan beritahu, penat saja datang jika tidak mendengar khutbah kerana pahala akan batal. Jika semua orang cakap begitu, budak muda ini akan sedar.

"Jika tengah malam ada anak remaja perempuan duduk melepak dengan lelaki di restoran, sepatutnya pemilik restoran menasihati dengan memberitahu alangkah risau ibu bapa memikirkan anak mereka yang tidak pulang.

"Malangnya, kebanyakan kita mengambil sikap 'tidak mengapa, orang lain akan buat tugas itu' menyebabkan tiada tindakan dan bagaimana kita hendak mengharapkan keadaan berubah menjadi lebih baik," katanya.

Beliau berkata, sistem pendidikan yang mementingkan hasil duniawi semata-mata sehingga mengetepikan keperluan untuk menerapkan nilai diajar agama melahirkan golongan bijak dalam pelajaran tetapi miskin dari segi akhlak mulia.

Sebab itu, ada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi boleh bergaduh dengan rakan hanya kerana berebut teman lelaki disebabkan pencapaian yang baik tidak memberi kesan kepada akhlak.

Mereka tidak diceritakan mengenai adanya Allah, malaikat Raqib dan Atid serta kesan perbuatan baik mendapat pahala sementara yang melakukan kejahatan bakal dibalas dosa.

Zahazan berkata, umat Islam perlu melihat diri mereka sebagai satu badan dan mengambil masalah yang berlaku dalam masyarakat sebagai masalah masing-masing seterusnya berfikir mencari jalan menanganinya.

"Nabi Muhammad SAW berpesan siapa yang kata manusia itu rosak, orang Islam itu binasa, dialah yang paling binasa di kalangan mereka atau dialah yang membinasakan mereka. Hadis ini bahaya dan perlu difikirkan.

"Sementara Imam Syafie berkata, biar aku fikir sekejap daripada solat 1,000 rakaat kerana jika aku solat itu untuk diri aku tetapi jika aku fikir, fikiran itu akan dipakai beratus tahun. Jariah aku tidak pernah ada noktahnya," katanya.

sumber: Berita Harian

Berteknologi?????

Assalamualaikum dan apa khabar kepada sesiapa saja yang melihat entry kali ini...

Sebenarnya takde apa pun yang menarik untuk entry kali ini, cuma nak cerita sikit la apa cabaran yang akan dihadapi oleh aku untuk semester kali ini. Untuk semester kali ini, jadual aku boleh dikira agak padat juga la dengan perjalanan ke kampus pengajian yang agak jauh. Aku perlu bertolak pada pukul 7.15 pagi dan pulang dalam sekitar pukul 5 petang. Agak meletihkan jugak untuk awal-awal semester nanti. Mungkin lala-lama nanti akan terbiasa dengan perkara macam ni.(Ya ALLAH, berikanlah hamba-Mu ini kekuatan agar dapat mengharungi segala cabaran yang mendatang dalam usaha untuk mendapat redha dari-Mu).Untuk hujung minggu pulak, mungkin tiada rehat yang mencukupi kerana aku telah melibatkan diri dalam ROBOCON 2010 iaitu satu pertandingan robot yang menguji kreativiti setiap universiti untuk mereka cipta robot mengikut tema yang ditentukan. Untuk tahun ni, setiap universiti perlu mereka cipta 4 buah robot(1 manual, 3 automatik) yang boleh digunakan untuk menyusun blok-blok menjadi sebuah piramid.
Agak susah jgk la untuk create idea-idea nanti. Tapi, InsyaALLAH boleh.

Untuk subjek bagi sem ni pulak, aku perlu berteknologi sedikit la kali ini sebab empat subjek yang aku belajar, semuanya menggunakan software di dalam lab. Letih jugak nak boleh paham satu-satu. Untuk subjek micro-c, aku kena belajar dua benda berkaitan hardware dan software. Untuk hardware, aku kena guna PIC Microcontroller (Programmable Interface Controller) dan software kena guna MPLAB untuk programming sesuatu program dalam PIC tu nanti. Susah jugak nak belajar programming tu, tapi aku akan cuba.....hehe. Teori kena kuat jugak la untuk subjek ni. Subjek machine design pulak, tak susah sangat sebab perlu design bentuk-bentuk je guna software SolidWorks. Dalam lab pon dah ada dia punya tutorial. Cuma perlu ingat je time bila nak kena guna ikon-ikon tertentu. Kalau dalam kuliah, belajar tentang macam mana nak mereka cipta sesuatu rekaan yang sempurna serta kriteria-kriterianya. Belajar juga sikit2 tentang komponen-komponen yang ada dalam sesuatu mesin. Teori jugak ni. Machine vision plak belajar tentang penglihatan mesin atau aplikasi penglihatan mesin tu untuk kesan sesuatu benda. Dalam lab, software MATLAB akan digunakan untuk subjek ni. Ada juga programming dia, tapi tak susah sangat kod dia. Last skali, aku kena belajar distributed system. Subjek ni pun teori yang banyak juga dan pembelajarannya lebih kepada networking komputer. Dalam lab pon akan belajar menggunakan sofware jugak tapi tak ingat apa nama dia. Boleh kata untuk sem ni aku akan belajar banyak benda menggunakan komputer.

Pastu, last sem nanti kena buat mini projek pulak. setakat ni ada dua mini projek yang dah diberitahu iaitu micro-c dan machine vision. Minggu depan dah nak kena anatar proposal. Untuk micro-c, kena buat satu projek untuk yang menggunakan PIC. Nasib baik la abang aku sudi membantu dalam memberi idea sebab dia pun ada experience tentang projek yang nak dibuat tu. Terima kasih. Tapi bukan semuanya dia bantu, yang lain tu aku dan partner aku yang kena usahakan. Untuk macine vison pulak, aku tak paham sangat apa yang lecturer aku nak. Tapi yang aku tau, dia nak satu benda yang boleh menggunakan aplikasi sistem machine vision ni dan benda tu tak direka lagi di mana-mana. Susah jugak nak idea. Tengok la nanti cam na aku nak cari idea....hehehe.

Em, rasanya setakat tu saja benda-benda yang aku nak cerita tentang kehidupan yang akan aku tempuh untuk semester kali ini. Harap-harap aku dapat tempuh segalanya dengan hati yang tenang. Amiiin...







Usahawan Muda Internet Yang Terkaya Di Dunia

RANKING 01: Mark Zuckerberg (23 tahun)
Pelopor laman web sosial yang tengah popular sekarang ni, FACEBOOK.
www.facebook.com
Pendapatan: USD$700 juta

RANKING 02: Andrew C.Gower (28 tahun)
Pembina dan pembangun perisian game RUNESCAPE.
www.runescape.com
Pendapatan: USD$650 juta

RANKING 03: Chad Hurley (30 tahun)
Salah seorang pengasas dan CEO laman video YOUTUBE.
www.youtube.com
Pendapatan: USD$300 juta

RANKING 04: Blake Ross & David Hyatt (22 tahun)
Membangunkan perisian pelayar web percuma FIREFOX.
www.mozilla.org
Pendapatan: USD$120 juta

RANKING 05: Andrew Michael (29 tahun)
Pengasas laman web FASTHOST.
www.fasthosts.co.uk
Pendapatan: USD$110 juta

RANKING 06: Angelo Sotira (26 tahun)
Pengasas dan pembina laman web seni DEVIANART.
www.devianart.com
Pendapatan: USD$75 juta

RANKING 07: John Vechey (28 tahun)
Pembina permainan game kasual jenama POPCAP.
www.popcap.com
Pendapatan: USD$60 juta

RANKING 08: Alexander Levin (23 tahun)
Pemilik laman web simpanan gambar IMAGESHACK.
www.imageshack.us
Pendapatan: USD$56 juta

RANKING 09: Jake Nickell (28 tahun)
Pendapat jualan t-shirt rekaan pengguna THREADLESS.
www.threadless..com
Pendapatan: USD$50 juta

RANKING 10: Greg Tseng & Johann Schleier (28 tahun)
Pengasas laman web sosial dan interaktif TAGGED.
www.tagged.com
Pendapatan: USD$45 juta

sumber: majalah g3

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook