Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Perbandingan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selesai juga perjuangan aku pada semester ini. Walaupun bermacam-macam cabaran dilalui, namun atas usaha dan kemudahan yang diberi oleh Allah s.w.t, akhirnya semester kali ini berjaya juga aku tempuhi.

Aku baru sahaja habis paper terakhir pada pukul 12 tadi. Paper tersebut adalah antara paper 'killer' untuk semester ini. Ramai juga yang bersungut tentang subjek ni. Ada yang tak faham lecturer ajar la, ada yang kata subjek ni memg susah. Aku sendiri pun pening kepala juga dengan subjek ni. Tapi apa pun, setiap kemahuan itu pastinya ada jalan. Bak kata pepatah, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jangan jadikan sesuatu perkara sebagai alasan atas kegagalan kita. Cuba lihat ke dalam cermin dan akan dapat sendiri jawapannya di situ tentang punca sebenar kegagalan anda.

Kita hidup ini jangan suka untuk membanding-banding setiap manusia kerana setiap manusia yang diciptakan oleh Allah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Belajarlah untuk menerima seseorang itu seadanya kerana belum tentu orang yang kita nampak kelebihannya itu tidak ada kekurangan. Kalau seseorang lecturer itu tidak pandai mengajar atau sebagainya, jangan kita terus mentafsirkan terus kelemahannya atau membandingkan dengan lecturer yang pandai mengajar. Lihat dulu diri kita sebelum membandingkan seseorang kerana mungkin kita lebih teruk daripada orang yang kita kritik.
Sebagai mahasiswa, kita kenalah bijak untuk berfikir dalam memantapkan diri kita serta pandai dalam menilai sesuatu perkara dan janganlah buat perkara yang hanya membinasakan diri kita sendiri.

Lain pula kalau perkara itu betul-betul melanggar hak atau terdapat kesalahan pada seseorang. Kita bolehlah mengkritik tetapi biarlah dengan kritikan yang membina atau teguran yang berhemah. Kritikan itu juga biarlah ke arah berlakunya sesuatu perubahan dan bukannya menolak seseorang individu itu secara totally. Oleh itu, pandai-pandai la kita melihat diri kita sebelum melihat orang lain.

Aku Cinta Allah





Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Back to *
Back to Reff
Back to **
Back to Reff

Menjaga Kehormatan

Assalamualaikum dan salam perjuangan...

Emmm... apa ye yang nak diceritakan pada post kali ini. Nampak macam serius je. Tapi, aku rasa post kali ini memang perlu untuk diambil perhatian. Mungkin ada yang menganggap ianya adalah perkara yang kecil. Tapi perkara yang kecil itulah yang boleh menyebabkan kita alpa.

Berkaitan dengan menjaga kehormatan ni, sebenarnya kalau nak diterangkan memang banyak dan aku pun kalau nak terang pasal ni bukannya expert sangat. Tapi kalau sekadar nak berkongsi pandangan ni boleh la sikit-sikit.

Sebenarnya, aku nak sembang sikit pasal program rancangan realiti tv yang disiarkan di tv9 baru-baru ni iaitu rancangan Gadis Melayu. Dah masuk musim kedua pun rancangan tu. Bagus juga sebenarnya rancangan tu. Dapat melatih peserta dan juga penonton tentang adat resam dan budaya orang Melayu ni. Rancangan ni juga rasanya mencari seseorang yang mempunyai identiti seorang gadis Melayu. Tapi, tak best la kalau gadis Melayu tapi tak menepati kehendak Islam.

Di sini aku bukannya nak mengkritik secara terbuka tentang peserta Gadis Melayu ni tapi cuma nak beri pandangan supaya dapat dijadikan panduan pada masa akan datang. Sebenarnya, peserta yang memenangi tempat pertama dalam rancangan tu aku kenal juga. Dia juga merupakan bekas penuntut di sebuah kolej matrikulasi kat tempat aku belajar sebelum ini. Kalau tak silap, aku juga mungkin pernah bertembung dengan dia beberapa kali (hehe,secara tak sengaja).

Dia ini juga merupakan peserta tunggal yang memakai tudung ketika pusingan akhir dan diangkat menjadi juara ketika final tersebut. Alhamdulillah, dari sudut tu kita lihat ok la juga dari yang tak pakai tudung langsung. Tapi segi yang lain, nampak macam tak cukup syarat je penjagaan aurat dia dari sudut Islam la. Maaf la kalau bahasa ni macam terkasar sedikit. Tak tau la kot2 orang lain kata cukup syarat.

Jadi, aku pun tak nak la komen banyak2. Nanti ada yang terasa hati pula. Cuma diharapkan kepada kenalan-kenalan peserta ini, dapatlah memberi sedikit teguran yang membina kepada dia. Lagipun, dia sekarang mungkin dah popular dan menjadi bualan orang ramai. Oleh itu, menjaga kehormatan itu amat penting ke atas dirinya dan juga setiap manusia termasuk aku sendiri.(hehe)

Cari Ilmu

Assalamualaikum dan salam demam peperiksaan kepada sesiapa yg sedang menghadapi musim peperiksaan sekarang ni...

Cari ilmu??? Cam pelik je tajuk tu. Lebih kurang sama je dengan nama lagu Wali Band (band dari Indonesia) yg bertajuk "Cari Jodoh". Tapi bukan pasal cari jodoh yg nak dibincangkan dalam posting kali ini. Mungkin lain kali la kot. Kali nak bercerita sikit pasal cari ilmu ni. Lepas solat Maghrib tadi, ada la surau kat tempat aku pergi solat tu adakan kuliah Maghrib. Walaupun tak banyak mana 'input' yang diperolehi,tapi sekurang-kurangnya dapat juga aku meng'update' sedikit diri aku ni tentang ilmu akhirat.

Dalam kuliah tadi, ustaz tu mengajar bab rukun iman yang pertama, iaitu percaya kepada Allah. Dia pun terang la serba sedikit tentang bagaimana cara kita nak menyempurnakan rukun iman yang pertama tu. Tapi, bukan cerita pasal kuliah ni yg nak aku bgtau kali ini. Sebab aku pun dapat sikit je input daripada kuliah tersebut. Perkara sebenar yang aku nak bgtau adalah manusia zaman sekarang begitu lalai dalam mencari ilmu dunia berbanding ilmu akhirat (samalah dengan diri yg menulis ni). Tak tahulah la macam mana nak latih diri ini supaya dekat dengan majlis yang digelar sebagai taman syurga ni.

Kita dapat lihat sendiri sekarang ni memang susah kalau nak ajak orang seseorang pergi ke majlis ilmu (aku pun sama jugak kadang-kadang). Kadang-kadang tu, majlis ilmu ni tak sampai sejam pun, tapi susah jugak nak pergi. Kalau kita study ilmu dunia ni, beberapa jam pun boleh. Tak kisah pun. Padahal ilmu yang kita study untuk dunia ni bukan boleh guna pun untuk akhirat. Boleh ke kita guna ilmu dunia yang kita ada untuk menguruskan jenazah ibu bapa kita atau kita guna ilmu tersebut ketika dalam solat untuk menambah amalan kita untuk menjadi bekalan di Padang Mahsyar kelak tanpa kita mengaji sedikit pun tentang ilmu akhirat ni??? Tapi itulah kita yang bernama manusia, sering kali terabai dengan nikmat dunia tanpa memikirkan ganjaran di akhirat kelak jika kita bersama-sama seiring dalam mencari ilmu dunia dan akhirat.

Kadang-kadang, kalau time periksa je, mesti sibuk punya cari soalan 'spot' atau tips untuk soalan yang nak keluar. Walhal, tips untuk jawab soalan dalam kubur tu sekali dengan soalannya sekali lama dah bocor, tak de sapa pun yang ambil peduli sangat. Mungkin dah 'expert' kot. Tu yang buat rileks je. Emmm.... tak tahu la nak kata apa.

Apapun, sama-samalah kita muhasabah diri kita masing-masing sama ada cukup atau tidak bekalan untuk kita bawa ke akhirat kelak. Jangan jadikan sesuatu perkara sebagai alasan untuk kita mengelak dari melakukan suruhan Allah. Mungkin kita tidak nampak sesuatu serta-merta jika kita melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah sedang menangguhkannya dahulu untuk memberikan yang lebih baik kepada kita. Sama la seperti kita membuat jahat, balasan tidak akan datang serta-merta. Mungkin terkena kepada orang lain dahulu supaya kita dapat mengambil pengajaran daripada situ.

Oleh itu, marilah kita berusaha seiringan dalam merebut ilmu dunia dan akhirat ni. Bukan tak boleh kejar dunia. Tapi, "dunia, dunia juga... akhirat jangan lupa". (macam pernah dengar ayat ni)


Boleh La Tahan...

Hmmm... Siap jugak akhirnya aku modified blog ni. Saje je nak test tengok layout bru ni. Nampak cam menarik jugak. Walaupun menghadapi macam2 problem, tapi kerja2 modified ni siap jugak. hehe....

Okla. Tiba masa nak study sekarang.

Hayati Lirik Ni...

Wali Band - Tomat (Tobat Maksiat) :
dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

Astaghfirullahal'azim

reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuma satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap Astaghfirullahal'azim

pandanglah ke sana
lihat yang disana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka

Astaghfirullahal'azim

repeat reff:

cepat ucap Astaghfirullahal'azim

repeat reff:

cepat ucap Astaghfirullahal'azim
cepat ucap Astaghfirullahal'azim

Kecewa Ujian...

Assalamualaikum...

Hmmm... lama jgk rasanya tak menjenguk di ruangan ini untuk menulis.
Besa la, sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang telah pun bermula pada isnin yg lalu dengan subjek bi asas( persediaan menghadapi hari akhirat x tau lagi macam mana. MashaALLAH ).

Hari ni pulak bru je habis exam matematik. Huh, begitu mencabar juga soalan yang diberikan. Walaupun dah diberi tips, masih lagi lagi gagal untuk menjawab. Sampaikan kesan sampingan menjawab exam mate ini begitu ketara sehingga berjaya mengubah sementara sikap( mendiamkan diri apabila ditanya sesuatu ) segelintir kawan-kawan yang berusaha bersungguh-sungguh. Apakan daya, kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan segala-galanya.

Tapi, itulah sikap manusia. Kadang-kadang kita terlupa, kecewa di dunia ini tak selama-lamanya. Tetapi, kalau kita kecewa di akhirat kelak, tak ada siapa pun dapat membantu kita. Kita kadang-kadang langsung tak kecewa apabila meninggalkan suruhan ALLAH, tetapi kecewa apabila gagal menghadapi ujian yang hanya diberi oleh makhluk ALLAH sendiri. Samalah seperti saya sendiri pun.

Apa-apa pun, mengutamakan ALLAH itu lebih penting daripada yang lain. Dan diucapkan selamat berjaya di dunia dan di akhirat kepada rakan-rakan yang sudah, sedang atau akan menghadapi peperiksaan. Tetapkan di hati kita, belajar dan apa jua tindakan dalam hidup kita ini semuanya kerana ALLAH. Dengan itu, kita mungkin tidak akan tergelincir dari landasan yang sebenar.

Tak tau post ni msuk ke x dengan tajuk kali ni...hehehe...

Gunakan Masa....

>> Gunakan masa untuk berfikir, kerana berfikir adalah sumber kekuatan untuk mendapat petunjuk.

>> Gunakan masa untuk bermain, kerana bermain adalah tangki bekalan untuk sentiasa kelihatan muda.

>> Gunakan masa untuk membaca, kerana membaca adalah asas kebijaksanaan.

>> Gunakan masa untuk mengasihi dan dikasihi, kerana kasih sayang adalah jalan menuju kebahagiaan.

>> Gunakan masa untuk menjalin persaudaraan, kerana persaudaraan adalah jalan menuju keimanan.

>> Gunakan masa untuk berjenaka, kerana jenaka adalah penyeri suasana kehidupan.

>> Gunakan masa untuk bersedekah, kerana hidup ini terlalu singkat untuk membentuk diri sebagai seorang yang kedekut.

>> Gunakan masa untuk bekerja, kerana masa adalah harga sebuah kejayaan, tetapi jangan gunakan masa untuk perkara sia-sia.

Hadis Rasulullah:
" Rugilah sesiapa yang melakukan sesuatu kerja dua kali. "

sumber: g3

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook