Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Perbandingan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selesai juga perjuangan aku pada semester ini. Walaupun bermacam-macam cabaran dilalui, namun atas usaha dan kemudahan yang diberi oleh Allah s.w.t, akhirnya semester kali ini berjaya juga aku tempuhi.

Aku baru sahaja habis paper terakhir pada pukul 12 tadi. Paper tersebut adalah antara paper 'killer' untuk semester ini. Ramai juga yang bersungut tentang subjek ni. Ada yang tak faham lecturer ajar la, ada yang kata subjek ni memg susah. Aku sendiri pun pening kepala juga dengan subjek ni. Tapi apa pun, setiap kemahuan itu pastinya ada jalan. Bak kata pepatah, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jangan jadikan sesuatu perkara sebagai alasan atas kegagalan kita. Cuba lihat ke dalam cermin dan akan dapat sendiri jawapannya di situ tentang punca sebenar kegagalan anda.

Kita hidup ini jangan suka untuk membanding-banding setiap manusia kerana setiap manusia yang diciptakan oleh Allah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Belajarlah untuk menerima seseorang itu seadanya kerana belum tentu orang yang kita nampak kelebihannya itu tidak ada kekurangan. Kalau seseorang lecturer itu tidak pandai mengajar atau sebagainya, jangan kita terus mentafsirkan terus kelemahannya atau membandingkan dengan lecturer yang pandai mengajar. Lihat dulu diri kita sebelum membandingkan seseorang kerana mungkin kita lebih teruk daripada orang yang kita kritik.
Sebagai mahasiswa, kita kenalah bijak untuk berfikir dalam memantapkan diri kita serta pandai dalam menilai sesuatu perkara dan janganlah buat perkara yang hanya membinasakan diri kita sendiri.

Lain pula kalau perkara itu betul-betul melanggar hak atau terdapat kesalahan pada seseorang. Kita bolehlah mengkritik tetapi biarlah dengan kritikan yang membina atau teguran yang berhemah. Kritikan itu juga biarlah ke arah berlakunya sesuatu perubahan dan bukannya menolak seseorang individu itu secara totally. Oleh itu, pandai-pandai la kita melihat diri kita sebelum melihat orang lain.

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook