Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Didikan Hidup

Assalamualaikum dan apa khabar diucapkan kepada sesiapa saja yang sudi untuk menjenguk ke dalam blog ni.

Pertama sekali, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi aku menghirup udara segar di kala umurku kini genap 21 tahun pada hari Selasa yang lalu bersamaan dengan 5 Januari. Terima kasih juga kepada-Nya kerana ketika umurku genap 21 tahun, diriku masih lagi dalam keadaan sihat walafiat tanpa sebarang masalah untuk melakukan amal ibadat kepada-Nya. Tapi, anda perlu ingat bahawa jika umur kita telah bertambah, ini bermakna kita kini semakin hampir dengan tarikh kematian kita yang tidak tahu pada bila masanya kerana semuanya itu kuasa ALLAH untuk tentukannya.

Apabila bercakap berkenaan dengan cukup umur ini, ramai yang berpendapat apabila umur seseorang itu telah mencecah ke angka 21 tahun, seseorang itu dikatakan sudah matang untuk mengambil keputusan sendiri ataupun tidak perlu dikongkong oleh mana-mana pihak jika ingin membuat sesuatu keputusan. Mereka beranggapan bahawa pada usia 21 tahun ini, manusia sudah bijak dalam memikirkan setiap tindakan yang akan dilakukan oleh mereka dan setiap tindakan itu dianggap betul. Pada aku, di usia 21 tahun inilah sebenarnya manusia akan berfikir kurang matang dan mungkin agak terburu-buru dalam melakukan sesuatu keputusan. Mereka juga akan mudah dipengaruhi oleh pelbagai pihak sama ada dari sudut negatif mahupun dari sudut positif. Mereka juga memrlukan satu pihak untuk berkongsi pendapat sebelum sesuatu keputusan itu dibuat agar kita tidak menyesal pada masa akan datang.

Mereka ini selalunya sudah lagi tidak tinggal bersama ibu bapa dan secara automatiknya mereka ini tidak lagi dikawal oleh ibu bapa mereka. Ini bermakna, mereka bebas melakukan perkara-perkara yang di luar batasan tanpa dihalang. Dan jika sesuatu terjadi kepada mereka, ibu bapa juga yang mereka cari. Bukannya kawan-kawan yang selalu rapat dengan mereka itu. Oleh itu, berfikirlah secara matang. Jangan kerana keseronokan dunia, habis semuanya dilupakan. Memang benar, kita tidak mahu dikongkong setiap masa. Tapi dalam soal yang melibatkan kesan pada masa akan datang, pelbagai pihak perlu dirujuk dahulu sebelum apa-apa keputusan dibuat terutamanya dengan ibu bapa.

Jangan kita ingat bahawa apabila kita sudah besar, hubungan dengan ibu bapa itu tidak perlu lagi kerana kita sudah ada kehidupan sendiri. Kita kena ingat, ibu bapa itu tetap menjadi tanggungjawab kita lagi walaupun kita sudah berumah tangga atau mereka sudah tiada lagi dengan kita di dunia ini. Sebab itu ada kata-kata bahawa....

"Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan anak, tapi belum tentu seorang anak sanggup berkorban nyawa untuk ibunya"

"Seorang ibu boleh menjaga 11 orang anak, tapi belum tentu 11 orang anak itu mampu menjaga seorang ibu"

dan

"Seorang ibu sanggup mnejaga seorang anak dalam kandungannya selama 9 bulan, tetapi belum tentu seorang anak dapat ibunya itu dalam masa 9 bulan"

Jadi, renung-renungkanlah kata-kata di atas ini.

Oleh itu, kepada sesiapa yang merasakan dirinya sudah cukup dewasa untuk berfikir secara matang, fikirkan dahulu apa kesannya pada masa akan datang dan carilah rujukan dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Ingatlah bahawa apabila kita semakin membesar, semakin kita memerlukan didikan walaupun didikan itu bukan dari orang lain tetapi dari diri kita sendiri.

Satu lagi, terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengucapkan selamat hari lahir kepada saya. Walaupun tidak ramai, sekurang-kurangnya ada juga yang mengingati diri ini. Ucapan anda semua amat dihargai. Syukran jazilan sekali lagi diucapkan.
Heheheh...

3 ulasan:

ismiaisha January 11, 2010 at 12:17 AM  

'afwan...
hehe~

11 org anak??
cam t'kena kat btg hdung jaa..
tq atas ingtan yg b'guna tu..
hehe~
:)

pengembara _cahaya January 11, 2010 at 12:36 AM  

bkn ap...
sekadar peringatan bersama je...

una dien January 16, 2010 at 1:24 AM  

aku termsuk gak ke x ni??
hihi

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook