Di dalam dunia yang kian mencabar sekarang ini, Cinta Sempurna menjadi idaman setiap
makhluk yang bergelar manusia. Mereka sanggup berkorban dan berusaha Berlari ke sana ke
mari demi mengejar cinta yang sedemikian rupa. Sebab itu ada yang sanggup melayan telefon
berjam-jam atau mesej walhal sekadar menulis Selamat Malam sahaja. Ini semua dilakukan
demi memastikan agar cinta mereka dibalas sebaiknya. Akhirnya, ramai yang terpesona dengan
cinta yang diidam-idamkan selama ini. Mereka Hanyut dalam dunia fantasi mereka sendiri.
Sanggup berjanji untuk menjadi Pelita yang dapat menerangi sesama sendiri. Ada pula yang
berkata hanya “Ku Ada Kamu” sahaja dalam dunia ini. Begitulah janji-janji yang selalunya
ditaburkan dalam dunia percintaan kini. Sebenarnya, cinta sebegini belum lagi menjadi cinta yang
sempurna kerana ianya belum tentu dapat berkekalan. Kadang-kadang, tempoh Noktah Cinta
yang kita harapkan berpanjangan belum tentu sampai ke penghujungnya. Ada juga yang bertindak
Jahat dengan hanya sekadar menjadi Drama King dalam setiap episod percintaan selama ini
demi kepentingan peribadi. Manusia sebegini memang paling gembira walaupun terpaksa
berpisah selepas itu apabila penyamaran mereka terdedah kerana mendapat Kebahagiaan
Dalam Perpisahan walaupun satu pihak lagi terpaksa merana. Sebenarnya, untuk mendapat
cinta yang sempurna sifatnya, tak perlulah kita terlampau bersifat Extravaganza kerana kita tak
akan dapat peroleh apa-apa pun manfaat daripadanya. Begitu juga ada yang ingin mencari wanita
secantik Sofea Jane atau sesiapa sahaja yang mempunyai iras-iras artis kerana dikatakan
sempurna sifatnya. Untuk Mencari Konklusi kepada cinta yang sempurna ini, kita mestilah
mencintai ALLAH S.W.T kerana dengan mencintai-Nya sahaja, InsyaALLAH, cinta
sempurna yang kita idam-idamkan selama ini akan menjadi realiti dan kekal selama-lamanya.
Jadi, Tolong Ingatkan Aku bahawa cinta yang sempurna itu hanya boleh diperoleh dengan kita
sentiasa mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Pencipta.

3 ulasan:
lama x update bro..hehe..bagus2..peringatan untuk diri ini...syukran2,,,moga2 x terlalai..
patutla ana rafali menang...
asrar: besa la..berhibernasi sebelum..mencari idea dulu untuk dilontarkan..haha..
insyaALLAH,,moga menjadi peringatan kita semua...
arjuna: apa kaitan ana raffali menang plak??
apa pon, aku memang tak sokong dia..haha..
Post a Comment