Untuk kali ni, aku nak sembang sikit pasal perihal dua golongan ni.
A = Golongan Orang Atasan
B = Golongan Orang Bawahan
Apa yang sampaikan adalah bukan mana-mana kisah yang melibatkan dua golongan ni, tapi lebih kepada perangai atau kerenah yang sering berlaku antara dua golongan ni.
Kadang-kadang, A dan B ini sering bercanggah pendapat dalam beberapa perkara tertentu. Dan sudah pastinya A yang akan cuba memenangkan dirinya sebab merasakan dia lebih hebat dari B. Perlu diingat, dua-dua ni adalah manusia, bukannya satu malaikat dan satu lagi manusia biasa. Jadi, tak payah la rasa diri tu kemas sangat. Setiap manusia pasti ada salah yang dilakukan. Bukan semuanya sempurna. Oleh itu, dalam keadaan kita ingin membuat sesuatu keputusan, tanggalkan semua pakaian jawatan yang dipakai dan terima setiap pendapat dengan terbuka. InsyaALLAH, keputusan yang diterima lebih bermakna.
Kadang-kadang juga, sering berlaku keadaan di mana A akan sentiasa menyalahkan, menghukum atau menuduh B ni dengan tuduhan yang bukan-bukan sampai satu ketika tuduhan itu boleh dianggap tidak logik langsung. Biasala, bila ada kuasa ni, semua akan merasa megah diri. Dia sahaja yang betul. Ingat, yang kita pimpin itu manusia. mana mungkin manusia ini dapat lari dari kesalahan. Boleh nak berkata yang bukan-bukan kepada mereka. Tapi, biarlah dengan fakta yang kukuh. Bukannya hentam kromo je. Kadang-kadang, A sebenarnya yang menjadi punca. Nak tegur boleh, tapi biarlah beradab. Tegurlah seperti kita juga pernah melakukan kesalahan itu. InsyaALLAH, pasti bermakna teguran yang diberi.
Yang ni pula aku rasa bukan kadang-kadang kot, tapi lebih kepada selalu juga rasanya. Apabila A ini mendapat kuasa, akan berlaku satu diskriminasi yang melibatkan B ini di mana, B selalu sahaja ditindas atau lebih senang difahami menjadi mangsa keadaan. INGAT, A ni pernah juga jadi B dan akan menjadi B kembali. B pula ada yang akan jadi A. Jangan sampai perkara balas balik atau apa-apa perkara yang tak diingini nanti. Nanti bila A jadi B kembali, pasti dia akan bersama dengan B yang lain. Jangan sampai anda dipulaukan oleh mereka sudah.
Akhir sekali, beringatlah A atau lebih senang digelar pemimpin dalam sebuah organisasi bahawa anda itu diberi amanah untuk memimpin. Jadi, pimpinlah orang bawah sebaik mungkin demi melihat organisasi anda maju ke depan. Raikan sama B ini kerana anda mempunyai kuasa. Anda sahaja yang mampu berbuat demikian. Tapi kalau dah rasa teruk sangat sampai dapat menjejaskan kualiti organisasi anda, kekerasan itu perlu. Tetapi biarlah kekerasan itu yang dapat mewujud dan membentuk kefahaman mereka.
"Sesebuah kerajaan itu dapat ditumbangkan dengan tiga golongan ini:
1. Buruh
2. Tentera
3. Anak Muda
Jadi, ingat-ingatlah bumi bila di tempat tinggi"
Sekadar teguran bersama.
Menuju Darul Aman 01
7 years ago
5 ulasan:
sahabatku... aku bersyukur pada Tuhan atas kurniaan sahabat seperti mu...
Alhamdulillah..
tak kira la kita sesiapa pun. semuanya adalah hamba ALLAH. saling ingat-mengingati itu perlu demi kebangkitan dan kemuliaan Islam.
walaupun tak kenal siapa yang komen ni, tapi terima kasih atas pujian. mogaku tidak lalai dengan pujian ini.
tiada niat aku mahu memujimu hingga boleh datangnya lalai.. namun sepanjang tempoh perkenalan ini, aku lebih menghargai erti seorang kawan, teman dan sahabat...
betul seperti yang kau kata, perlu saling ingat-mengingati antara sesama islam.. dan ciri2 inilah yang paling susah untuk aku jumpa pada teman2 aku yang lain..
kalaulah aku kenal siapa anda...
semoga aku tidak mempunyai sahabat2 yg mudah jemu & kedekut utk mmberikan peringatan sesama kita.
Post a Comment