Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Orang Atasan VS Orang Bawahan

Untuk kali ni, aku nak sembang sikit pasal perihal dua golongan ni.

A = Golongan Orang Atasan

B = Golongan Orang Bawahan

Apa yang sampaikan adalah bukan mana-mana kisah yang melibatkan dua golongan ni, tapi lebih kepada perangai atau kerenah yang sering berlaku antara dua golongan ni.

Kadang-kadang, A dan B ini sering bercanggah pendapat dalam beberapa perkara tertentu. Dan sudah pastinya A yang akan cuba memenangkan dirinya sebab merasakan dia lebih hebat dari B. Perlu diingat, dua-dua ni adalah manusia, bukannya satu malaikat dan satu lagi manusia biasa. Jadi, tak payah la rasa diri tu kemas sangat. Setiap manusia pasti ada salah yang dilakukan. Bukan semuanya sempurna. Oleh itu, dalam keadaan kita ingin membuat sesuatu keputusan, tanggalkan semua pakaian jawatan yang dipakai dan terima setiap pendapat dengan terbuka. InsyaALLAH, keputusan yang diterima lebih bermakna.

Kadang-kadang juga, sering berlaku keadaan di mana A akan sentiasa menyalahkan, menghukum atau menuduh B ni dengan tuduhan yang bukan-bukan sampai satu ketika tuduhan itu boleh dianggap tidak logik langsung. Biasala, bila ada kuasa ni, semua akan merasa megah diri. Dia sahaja yang betul. Ingat, yang kita pimpin itu manusia. mana mungkin manusia ini dapat lari dari kesalahan. Boleh nak berkata yang bukan-bukan kepada mereka. Tapi, biarlah dengan fakta yang kukuh. Bukannya hentam kromo je. Kadang-kadang, A sebenarnya yang menjadi punca. Nak tegur boleh, tapi biarlah beradab. Tegurlah seperti kita juga pernah melakukan kesalahan itu. InsyaALLAH, pasti bermakna teguran yang diberi.

Yang ni pula aku rasa bukan kadang-kadang kot, tapi lebih kepada selalu juga rasanya. Apabila A ini mendapat kuasa, akan berlaku satu diskriminasi yang melibatkan B ini di mana, B selalu sahaja ditindas atau lebih senang difahami menjadi mangsa keadaan.
INGAT, A ni pernah juga jadi B dan akan menjadi B kembali. B pula ada yang akan jadi A. Jangan sampai perkara balas balik atau apa-apa perkara yang tak diingini nanti. Nanti bila A jadi B kembali, pasti dia akan bersama dengan B yang lain. Jangan sampai anda dipulaukan oleh mereka sudah.

Akhir sekali, beringatlah A atau lebih senang digelar pemimpin dalam sebuah organisasi bahawa anda itu diberi amanah untuk memimpin. Jadi, pimpinlah orang bawah sebaik mungkin demi melihat organisasi anda maju ke depan. Raikan sama B ini kerana anda mempunyai kuasa. Anda sahaja yang mampu berbuat demikian. Tapi kalau dah rasa teruk sangat sampai dapat menjejaskan kualiti organisasi anda, kekerasan itu perlu. Tetapi biarlah kekerasan itu yang dapat mewujud dan membentuk kefahaman mereka.

"Sesebuah kerajaan itu dapat ditumbangkan dengan tiga golongan ini:

1. Buruh

2. Tentera

3. Anak Muda

Jadi, ingat-ingatlah bumi bila di tempat tinggi"

Sekadar teguran bersama.

Carilah Yang Terbaik


Di dalam dunia yang kian mencabar sekarang ini, Cinta Sempurna menjadi idaman setiap
makhluk yang bergelar manusia. Mereka sanggup berkorban dan berusaha
Berlari ke sana ke
mari demi mengejar cinta yang sedemikian rupa. Sebab itu ada yang sanggup melayan telefon
berjam-jam atau mesej walhal sekadar menulis
Selamat Malam sahaja. Ini semua dilakukan
demi memastikan agar cinta mereka dibalas sebaiknya. Akhirnya, ramai yang terpesona dengan
cinta yang diidam-idamkan selama ini. Mereka
Hanyut dalam dunia fantasi mereka sendiri.
Sanggup berjanji untuk menjadi
Pelita yang dapat menerangi sesama sendiri. Ada pula yang
berkata hanya “
Ku Ada Kamu” sahaja dalam dunia ini. Begitulah janji-janji yang selalunya
ditaburkan dalam dunia percintaan kini. Sebenarnya, cinta sebegini belum lagi menjadi cinta yang
sempurna kerana ianya belum tentu dapat berkekalan. Kadang-kadang, tempoh
Noktah Cinta
yang kita harapkan berpanjangan belum tentu sampai ke penghujungnya. Ada juga yang bertindak
Jahat
dengan hanya sekadar menjadi Drama King dalam setiap episod percintaan selama ini
demi kepentingan peribadi. Manusia sebegini memang paling gembira walaupun terpaksa
berpisah selepas itu apabila penyamaran mereka terdedah kerana mendapat
Kebahagiaan
Dalam Perpisahan
walaupun satu pihak lagi terpaksa merana. Sebenarnya, untuk mendapat
cinta yang sempurna sifatnya, tak perlulah kita terlampau bersifat
Extravaganza kerana kita tak
akan dapat peroleh apa-apa pun manfaat daripadanya. Begitu juga ada yang ingin mencari wanita
secantik
Sofea Jane atau sesiapa sahaja yang mempunyai iras-iras artis kerana dikatakan
sempurna sifatnya. Untuk
Mencari Konklusi kepada cinta yang sempurna ini, kita mestilah
mencintai
ALLAH S.W.T kerana dengan mencintai-Nya sahaja, InsyaALLAH, cinta
sempurna yang kita idam-idamkan selama ini akan menjadi realiti dan kekal selama-lamanya.
Jadi,
Tolong Ingatkan Aku bahawa cinta yang sempurna itu hanya boleh diperoleh dengan kita
sentiasa mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Pencipta.



Mencari Rentak


Kini, aku sedang mencari semula dan memikirkan serta mengatur rentak untuk aku kembali berpencak di arena ini.



Sudah tiba masanya aku kembali...


Tok Guruku Dibelasah Lagi..

TOK GURUKU terus mencari modal untuk mendapat publisiti dan pemerhatian umum kepadanya. Orang politik kena begitu, kena kreatif dan pandai melemparkan batu ke dalam semak, biar orang ramai-ramai terkejut dan berpaling ke arahnya. Kalau malu-malu dan tidak menonjolkan diri macam siput dan kura-kura selamanya orang itu tidak akan dikenali. Orang politik harus senantiasa ada idea dan mampu meletak diri di atas langit orang lain.

Cara Nik Aziz setiap kali lempar batu dengan menimbulkan pandangan dan pendapat yang kontroversi tak ubah seperti seorang budak cerdik hendak meleraikan perbalahan orang tuanya. Budak itu buat-buat sakit, mengaduh dan melaung untuk mendapat perhatian kedua orang tuanya. Akhirnya orang tuanya berhenti bertengkar berlari untuk membantu anaknya itu. Masa inilah si budak atau pun orang yang memerhati gelagat kedua orang tua itu mengambil kesempatan untuk mendakwah atau memperbaikan semula kedua ibubapa berkenaan.

Begitu juga saya nampak maslahatnya, apabila Nik Aziz dipetik sebagai berkata dia tidak bangga jadi Melayu oleh sebuah akhbar yang memang antinya dan pernah disaman olehnya dan pernah juga meminta maaf kepadanya. Kata-kata Nik Aziz itu menyebabkan hari ini sekalian orang termasuk juga haiwan yang membencinya berpaling muka ke arahnya. Mengkritik pandangan dan pendirian Nik Aziz itu. Secara tidak langsung juga bila Nik Aziz mampu menjadi perhatian umum mencerminkan dia masih sihat walafiat.

Sekali lagi Nik Aziz berjaya meletakkan dirinya dalam mata dan hati orang. Lebih aula, gara-gara itu memberi ruang kepada Nik Aziz ataupun oleh orang memahami pegangan politiknya menjelaskan akan ketidakfahaman ataupun kebutaan orang terhadap pendirian Nik Aziz itu. Mereka yang jahil akan beroleh kecerahan jiwa dan akal dari implikasi dicetuskan Nik Aziz.

Betapa tidak, akan ada ulasan mengenai pendirian ataupun kata-kata Nik Aziz itu. Akan ada perdebatan hangat mengenainya. Wujud pro kontra yang akhirnya membuah konklusi kebenaran terhadap apa yang menjadi pegangannya itu.

Banyak yang murih dan marah apabila Nik Aziz mengatakan dia tidak bangga menjadi Melayu. Dua tiga orang pemimpin Umno mula mengutuk Nik Aziz dalam tv dan juga akhbar. Orang yang pernah menjadi ahli Umno kena pecat dan kini terhegeh-hegeh ingin kembali berlumut semula dalam Umno juga kritik, meminta nak Aziz tunjuk diri. Seorang pemimpin pula kritik dan bidas Nik Aziz siap dengan membaca ayat-ayat Quran. Kutukan ini akan berterusan selari dengan isu pembunuh taukeh kosmetik.

Ayat-ayat cinta Allah itu dan hadith boleh dibaca oleh sesiapa saja yang kenal huruf Arab. Bacaan tambah sedap dan merdu kalau belajar taranum dan tahu pula tajwid. Susahnya... nak faham dan amalkan mesej atau suruhan yang dimaktubkan di dalam ayat berkenaan. Walaupun setengahnya larangan disebut jelas oleh Quran dan mudah dimengertikan, tetapi tetap juga tidak dituruti.

Kalau dibanding secara emprikal antara beberapa orang yang membaca ayat Quran untuk membidas Nik Aziz, jelas mereka lebih buruk, huduh dan busuk dari Nik Aziz. Lebih keji dari Nik Aziz.

Baik kesalahan kecil dan besar termasuk yang boleh dihukum dibawah kanun Hudud pun ada diperlakukan oleh orang-orang yang mengkritik Nik Aziz ini. Sekiranya hukum hudud dilaksanakan dan mereka terbukti bersalah mungkin setengahnya hanya ada tangan sebelah saja kini! Jadi siapa yang boleh dipercayai antara mereka dengan Nik Aziz?

Apabila Nik Aziz mengatakan dia tidak bangga jadi Melayu dan akan bangga dikenali sebagai seorang muslim, sebenarnya pendirian dan prinsip itu betul dan tepat. Pendirian itulah yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah. Pendirian beliau itu bersendikan kepada agama dan bukannya kepada adat. Itulah hakikat prinsip manusia Islam. Kalau kita bersendikan kepada adat, maka Melayu kena diutamakan. Tetapi lain dengan beliau, beliau mengutamakan agama dari bangsa. Nik Aziz bukan nasionalis, tetapi seorang agamawan. Beliau bukan saja hidup atas dunia nyata tetapi siap untuk kembali ke dunia ghaib.

Skop perjuangan partinya bukan bersendi dan bermatlamatkan bangsa, tetapi ia meluas kepada perjuangan manusia (Islam) sejagat. Bagi Nik Aziz memperjuangkan Melayu dalam konteks bangsanya saja, adalah perjuangan menirus, sempit dan bukan menuruti perintah Allah. Ayat yang bermaksud Tuhan jadi kamu berbangsa-bangsa dan beragama, buka bererti Tuhan suruh kita tegak atas bangsa kita tetapi maksud kenal mengenal itu mengetahui kebesaran Allah. Kenal disitu hendaklah kita membawa manusia ke Syugra dan bukannya ke Neraka. Selepas kita kenal dakwahlah mereka ke jalan Allah. Kalau kita mengenali bangsa lain dan menurutinya, itu bertentangan dengan prinsip Allah. Jangan keliru mengenai ayat ini.

Justeru saking pegangan itu, apa-apa juga keputusan, pandangam tindak tanduk beliau hatta politik beliau ukur dari aspek agama yang syumul. Beliau bercakap atas sifat manusia bukan atas ras atau kaum. Kerana itu pemikirannya sejagat melewati ke tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Beliau tidak berfikir di bawah serkup ayam di belakang rumah, Mat Maslan!

Dia juga berpegang kepada matlamat akhir hidup seseorang manusia yang mempercayai kepada hari akhirat. Beliau menyakini rukun imam, rukun Islam yang boleh membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat dan bukannya rukun Negara atau slogan 1 Malaysia yang diilhamkan Najib Razak itu.

Alasan ataupun pendirian itu juga penting. Kepercayaan Nik Aziz manusia bukan hidup di sini saja tetapi masih ada perkiraan di akhirat besok. Selepas mati manusia akan disoal di Yaumimashar. Manusia akan diajukan dengan beberapa soalan. Soalan-soalan inilah dirumuskan oleh beliau yang akhirnya beliau menyimpulkan dan berpegangan bahawa mengenai bangsa ini tidak penting dan aula.

Soalan-soalan (tamsir ibarat) yang akan disoal sesudah roh berpisah dengan jasad ialah mengenai siapa nama Tuhan, siapa Nabi kamu, apa kiblat kamu, dan siapa kawan kamu? Dalam rangkaian soalan-soalan cepu emas ini tidak ada pun soalan mengenai bangsa atau kaum ataupun harta benda?

Jadi di sinilah Nik Aziz menggubal keyakinan dan piagam hidupnya yang dibawa juga dalam kepercayaan dan permainan politik. Dan didalam al Quran dan hadith itu juga tidak pernah menyebut manusia paling baik dari mana-mana bangsa. Hatta bangsa Arab pun tidak disebut hanya diceritakan bangsa itu melahirkan Nabi dan keturunannya. Apa yang disebut berkali kali dan berkali kali, ialah manusia yang beriman dan bertakwa. Tiada jaminan terhadap mana-mana bangsa atau kaum di dalam Quran yang menyatakan kaum dan bangsa tertentu akan memasuki syurga. Muhamamd sendiri tidak masuk ke syurga kerana ia dari kaum Quraisy, tetapi kerana dia seorang hamba yang beriman dan bertakwa.

Makanya kalau soal bangsa itu penting dan boleh dibawa mati tentu sudah diceritakan di dalam Quran. Kalau adalah mestilah ada di mana-mana jerung (sudut) dalam Quran menyebut mengenai hal itu. Apa lagi mengenai bangsa Melayu satu bangsa termuda di dunia, tidak ada langsung. Usahkan sebut dibayang-bayangkan pun tidak ada. Hakikat ini menyebabkan Nik Aziz tidak merasakan penting dan bangga langsung terhadap Melayu dalam konteks kehidupannya untuk kali kedua nanti.

Terus terang saya juga tidak setuju dengan Nik Aziz mengenai hal ini, kurang memperjuangkan bangsa. Bagi kita yang melihat nama Melayu itu penting, akan marah padanya. Nampak beliau sudah murtad dari Melayu. Memang dari segi semangat dia sudah murtad, kerana tidak lagi mempertahankan perjuangan bangsa yang bersifat duniawi. Tetapi kita harus faham wujud perbezaan falsafah dan matlamat berpolitik di sini antara kita dengan beliau.

Pembinaan masjid bercirikan budaya Cina di jokir (laman) rumah saya di Rantau Panjang saya kurang setuju dan tidak melihat manfaatnya. Saya tidak nampak alasan untuk mengurangkan perasaan perkauman dengan pembinaan masjid itu. Kerana di Kelantan tidak perlu lambang-lambang seperti itu kerana Kelantan tidak pernah berlaku perang perkauman.

Masjid yang wujud di Rantau Panjang itu perlu wujud di Kuala Lumpur, Ipoh, Penang atau Johor Bharu. Tetapi bila ia wujud di Rantau Panjang ini menyebabkan saya merasa kurang bersetuju. Secara tidak sedar alasan diguna pakai tadi untuk mengurangkan perkauman memakan diri sendiri kerana seolah-olah Kelantan lubuk perkauman!

Namun bab beliau menolak Melayu dan menerima Islam adalah sesuatu yang hakikat dan itu adalah kelebihan dan keberanian Nik Aziz. Sebagai ulamak beliau telah membawa banyak pembaharuan dan memecah pemikiran lapok orang Melayu. Begitu juga pendiriannya mengenai Melayu ini sebahagian dari pembaharuan dan keberanian beliau dalam berdepan dengan kejumudan akal dalam menerima dan berpegang kepada sesuatu perkara.

Sememangnya bagi Nik Aziz tiada apa yang boleh dibangga kepada Melayu. Mungkin kita ramai-ramai akan memikir dan bermahasabah semula akan kekeduhan hati kita kepadanya dalam hal ini.

Apakah kita semua boleh berbangga kepada Melayu kalau mereka mengkhianati bangsanya sendiri, menjual hasil negara dan tidak langsung memelihara maruah negara. Apakah kita boleh berbangga dengan Melayu kalau mereka sendiri memalu dan memenjarakan pemimpin Melayu? Apakah kita boleh berbangga kalau Melayu sendiri menjual bangsa sendiri. Persoalan dan pertanyaan itu boleh kita renung dan jawab sebelum tidur, kemudian cuba padankan dengan yang Nik Aziz pertegaskan itu.

sumber: http://msomelayu.blogspot.com

Ramadhan bulan tarbiah, jihad

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.

“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.

Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.

“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.

Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.

Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.

“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.

Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.

Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya.

sumber: HarakahDaily

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook