Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Sudah Lama Tak Menulis

Assalamualaikum.... sudah lamanya rasanya blog ini x diupdate. Bkn apa, ini disebabkan kesibukan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Tetapi ini tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan untuk kita mengabaikan tangggungjawab yang lain.

Pd post kali ini, saya bkn ingin bercerita tntg byk isu, tetapi cuma sekadar utk berkongsi pendapat atau pandgan sekadar yg mampu tntg isu yg berlaku di malaysia dan di luar malaysia sendiri. utk isu di malaysia, sekarang ini sibuk diadakan pemilihan agung umno. pd pemilihan kali ini, kita akan menerima seorng lg pm bru iaitu pm yg ke6 bg menggantikan pm kta yg skrg ini iaitu YAB DS Abdullah Ahmad Badawi. Saya x mhu komen tntg siapa calon yg akn menjd pm ke6 itu, ttpi dihrpkan penggntinya seorng yg berwibawa.

Tntg prk bg kedua-dua bukit masing2 di kedah dan perak serta satu batang di sarawak, diharap dpt dilakukn dgn bersih tanpa ada sebarang komen apabila berakhirnya prk tersebut. diharap juga layanan dapat diberikan kepada setiap parti yg bertnding tanpa mengira mereka kerajaan atau pembangkang kerana negara kita merupakan negara berdemokrasi,pemimpin bijaksana(lirik lagu juara pasukan dikir barat sekolah dulu time buat persembahan hari kemerdekaan..heehee). oleh itu, kebebasan perlu ada kepada mereka supaya adil dan rakyat dapat memilih pemimpin mereka sendiri.

Obama mula tunjuk taring.....


Obama hantar 17,000 askar ke Afghanistan

Langkah stabilkan keamanan di negara kian bergolak

WASHINGTON: Presiden Barack Obama semalam meluluskan penempatan seramai 17,000 tentera Amerika Syarikat ke Afghanistan sambil menyifatkan ia perlu untuk menstabilkan keamanan yang semakin merosot di negara itu.

"Tiada tugas paling serius sebagai Presiden selain membuat keputusan untuk menempatkan pasukan bersenjata kita dengan cara itu," kata Obama dalam satu kenyataan.


"Saya hari ini mengakui keadaan di Afghanistan dan Pakistan menuntut perhatian segera dan tindakan pantas."

Obama berkata perintah berkenaan adalah sebagai jawapan kepada permintaan sebulan lalu oleh komander Amerika Syarikat di Afghanistan, Jeneral David McKiernan yang meminta tambahan 30,000 tentera.

Presiden itu berkata bagi memenuhi keperluan keselamatan yang segera, beliau meluluskan satu permintaan oleh Setiausaha Pertahanan, Robert Gates untuk menempatkan Marine Expenditionary Brigade musim bunga ini dan Army Stryker Brigade serta pasukan sokongan akhir musim panas ini.

Rumah Putih berkata seramai 17,000 tentera akan dihantar ke Afghanistan menjelang pilihan raya negara itu yang dijadualkan pada 20 Ogos.

Ditanya mengenai kemungkinan arahan selanjutnya pada masa depan untuk menambah tentera lagi, seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu AFP bahawa ia tidak mungkin berlaku sebelum kajian menyeluruh strategi Amerika Syarikat di Afghanistan dan Pakistan disempurnakan.

"Penambahan terbaru itu penting pada masa ini kerana kami menjangka pertempuran akan meningkat pada musim bunga dan sempena pilihan raya akan datang," kata pegawai berkenaan yang enggan mendedahkan nama.

Yahudi guna 5F untuk hancurkan Islam

F pertama ialah filem

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti �Akhirat�, �Gubra�, �Mukhsin�, �Sepet�, �Anak Halal�, �KL Menjerit� dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F kedua ialah famili

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup beba, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

F ketiga ialah fesyen

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F keempat ialah fun

F kelima ialah food

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 102 : Nabi tegah bertanya agama tidak serius

Ayat ini diturunkan bersempena dengan Abdullah bin Huzafah r.a. Beliau termasuk di kalangan ahli Badar yang diutuskan oleh Nabi s.a.w. membawa surat yang mengajak Raja Parsi (Kisra) memeluk Islam.

"Masuk Islam, kamu selamat," demikian antara isi kandungan surat itu. Kisra diberi peringatan bahawa jika raja Parsi itu tidak memeluk Islam nescaya dia memikul dosa pengikutnya dari kalangan penganut agama Majusi.

Abdullah bin Huzafah tidak sujud kepada Kisra kerana Nabi s.a.w. mengharamkan sujud kepada makhluk, selain dari Allah. Abdullah menyerah surat Nabi s.a.w. kepada Kisra tanpa memperdulikan protokol raja Kisra walaupun dia dimarah oleh raja itu.

Kisra telah mengoyak surat Nabi s.a.w. di dalam majlis penghadapan di istana Kisra. Apabila peristiwa tersebut diberitahu kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud:

"Akan dikoyak setiap yang dikoyak. Apabila binasanya Kisra, tidak ada lagi raja yang bergelar Kisra selepas itu."

Inilah murkanya Nabi s.a.w. apabila suratnya tidak dilayan sedangkan mengikut muamalah antarabangsa pada masa itu sesuatu negara mestilah menghormati utusan yang dihantar dari mana-mana negara ke dalam negara tersebut.

Utusan Nabi, Abdullah bin Huzafah dihina. Allah Ta'ala telah menjatuhkan kerajaan Parsi di zaman Saidina Umar Ibnul Khattab r.a.

Mengikut riwayat At-Tirmizi dan Daraqutni, dari Ali r.a. katanya, ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa ketika diturunkan firman Allah yang bermaksud:

"Dan sabit bagi Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadat haji ke Baitillah (Makkah) kepada sesiapa yang mampu berjalan menuju kepadanya." (Surah Ali Imran: 97)

Bila turun ayat ini mereka bertanyakan Nabi s.a.w., "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. mendiamkan diri, tidak menjawab. Mereka bertanya lagi, "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda yang bermaksud, "tidak, kalau aku menjawabnya nescaya wajib mengerjakan haji setiap tahun."

Yakni ianya akan menjadi keberatan kepada kamu. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Mengikut al-Bukhari bahawa hadis ini adalah hadis hassan tetapi mursal (sandarannya putus) kerana orang yang meriwayatkan hadis ini, Abu Bakhtari (Said) tidak bertemu dengan Saidina Ali r.a.

Bagaimana dia boleh meriwayatkan hadis ini dari Ali dan dari Nabi s.a.w.?

Justeru hadis ini tidak boleh menjadi hujah yang kuat sebagaimana riwayat yang terdahulu.

Ayat ini melarang kita bertanyakan masalah agama kerana bermain-main terutamanya kepada sahabat r.a. ketika wahyu diturunkan.

Apabila ditanya maka Allah menurunkan wahyu yang lain pula. Seringkali ia menjadi bebanan yang berat kepada mereka kecuali dalam perkara yang diizinkan oleh syarak.

Perkara ini pernah berlaku kepada Bani Israel dan kaum-kaum yang lain di zaman silam. Firman Allah yang bermaksud,"sesungguhnya telah bertanya oleh kaum yang lebih dahulu daripada kamu kemudian mereka menjadi orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 102)

Di antaranya ialah kaum Nabi Soleh yang bertanyakan Nabi itu supaya menunjukkan bukti lalu Allah mengurniakan mukjizat seekor unta yang luar biasa.

Tiba-tiba mereka menjadi kafir. Mereka menyembelih unta mukjizat yang dikurnaikan oleh Allah kepada Nabi Soleh dan mereka dibalakan oleh Allah dengan satu tempik (jeritan) yang membinasakan mereka semuanya.

Hanya tinggal bangunan yang di pahat daripada bukit yang pejal yang menjadi tempat tinggal mereka.Kaum Nabi Soleh dimatikan oleh Allah.

Justeru kita jangan jadi seperti sahabat-sahabat Nabi Isa a.s. yang meminta supaya diturunkan hidangan daripada langit. Oleh kerana sayangkan para sahabatnya, Nabi Isa a.s. berdoa supaya Allah menurunkan hidangan daripada langit.

Kemudian mereka meminta benda yang bukan-bukan seolah-olah mahu jadikan nabi mereka sebagai pemain silap mata.

Jika berlaku sesuatu yang pelik barulah beriman, sebaliknya jika tidak ada benda pelik berlaku mereka tidak beriman kepada nabi Isa a.s.

Allah Ta'ala tidak sukar untuk mengurniakan sesuatu yang pelik kepada nabi dan rasul-rasul-Nya untuk dijadikan sebagai mukjizat kepada mereka dan kepada wali-wali-Nya sebagai karamah.

Tetapi apabila ada perkara yang pelik ini, tiba-tiba engkar, tidak mahu ikut maka siksanya adalah lebih berat. _

Tuan Guru Haji Hadi Awang

Kedah sudah Bangkit...


Akhirnya kemenangan yang di cari-cari selama ini sudah menjelma di mana pasukan negeri kesayanganku iaitu negeri tempat tumpahnya darahku ini,Negeri Kedah Darul Aman, berjaya juga melakarkan kemenangan apabila menewaskan KM Naza yang mana merupakan pasukan kelab negeriku juga. Kemenangan pertama yang dicipta oleh Kedah pada musim ini bermula apabila berjaya menewaskan KL Plus yang mana menjadi pendahulu liga musim ini. Kemenangan itu juga berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan lawan musim ini. Start dari situlah, bermulanya episod kemenangan Kedah apabila menewaskan pula UPB-Myteam dan akhir sekali KM Naza. Sebelum ini, Kedah langsung tidak berjaya mencipta kemenangan setelah dimalukan oleh Selangor. Tapi, jelas menunjukkan rasa malu itu tidak menjadi penghalang bagi Kedah untuk bangkit semula. Selepas ini, Kedah akan bersaing pula dalam kempen AFC Cup di mana 2 pasukan Malaysia layak masuk bertanding iaitu Kedah dan Johor FC. Diharap, Kedah berjaya dalam misi untuk mempertahankan 3 piala yang dimenangi musi lalu. Ana pun tak nak merepek terlalu panjang dalam post kali ni, apapun diharapkan semangat berjuang itu tidak luntur dalam diri setiap pemain.

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook