Followers

Sembang-Sembang


ShoutMix chat widget

Info Permotoran 1

Rali medan perkukuh jenama




SELAKU pengeluar kenderaan nasional sesebuah negara, organisasi tersebut memikul tanggungjawab besar untuk mengetengahkan nama dan imej negaranya dalam bidang automotif global.

Apatah lagi jika usia pengeluar tersebut masih muda. Ia perlu berhadapan dengan pemain-pemain lama yang lebih berpengalaman mengenai jatuh bangun industri. Dalam kes ini, Proton Holdings Berhad (Proton) tidak terkecuali.

Meningkatkan kapasiti pengeluaran, menembusi pasaran baru atau harga yang kompetitif merupakan isu lazim buat pengeluar yang mahu menguasai pasaran. Itu hanya statistik dan persembahan dalam perniagaan. Bagi saya, itu soal kedua.

Apa yang penting ialah imej dan kepercayaan terhadap sesuatu jenama. Tanpa kepercayaan atau imej yang utuh, soal kedua sukar untuk direalisasi.

Proton pilih rali

Justeru, pemilihan platform untuk membina imej perlu dilakukan sebaik mungkin. Setiap pengeluar ada pilihan tersendiri. Bagi Proton, sukan bermotor khususnya rali menjadi pilihan.

Satu tindakan yang bijak, meskipun ia membabitkan pelaburan besar dalam menyiapkan sebuah jentera perlumbaan. Kosnya mencecah jutaan ringgit.

Rali merupakan perlumbaan mengejar masa terpantas dalam jumlah pusingan terkumpul untuk menentukan siapa layak berdiri di atas podium. Laluan trek yang diredah juga tidak secantik litar Formula 1 (F1).

Tanah merah, gambut, kelikir, salji dan ais, debu serta lumpur adalah dunianya. Inilah makmal eksperimen terbaik untuk menguji kemampuan serta daya tahan sesebuah kenderaan.


BORANG ramai tidak melepaskan peluang melihat sendiri Satria Neo S2000.


“Kami mahu memahami apa yang boleh dipelajari daripada sukan bermotor untuk menjadikan kereta kami lebih baik.

“Bukan kami akan menggunakan semua data yang diperolehi. Tetapi sekurang-kurangnya jurutera kami dapat mendalami apa yang diperlukan untuk menghasilkan kenderaan berprestasi.”

Demikian ulasan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir ketika mengunjungi kem Proton di Kejohanan Rali Malaysia 2011 (MRC 2011) bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru baru-baru ini.

Beliau turut mengakui bahawa sukan rali merupakan pentas yang mampu mengubah persepsi terhadap jenama Proton. Pada masa yang sama bertindak selaku ejen promosi.

“Mungkin ketika ini Proton dilihat sebagai kereta yang rendah, murah dan sebagainya. Kita perlu mengubah persepsi jenama. Pembabitan dalam sukan bermotor adalah satu-satunya cara untuk mengubahnya.

“Sukan bermotor mengaitkan syarikat dengan prestasi, ketepatan dan teknologi tinggi. Pada masa hadapan, apabila umum melihat Proton, ia akan memberi tafsiran berbeza.

“Tanpa kami sedari juga, sudah ada banyak kenderaan Proton dalam rali. Mengapa kenderaan Proton dan bukan kenderaan lain? Mungkin sebab ia mampu dimiliki. Tetapi saya merasakan model Satria Neo dan Putra dibina berdasarkan karakteristik pemanduan dan pengendalian,” jelasnya.

MRC 2011 yang berlangsung serentak dengan Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun ini menyaksikan penyertaan sebanyak 18 buah kereta Proton. Empat jentera digunakan oleh pasukan Proton Motorsport dan Proton Cusco. Selebihnya ialah pasukan pesaing.

Kemampuan Neo

Proton Motorsport menggunakan Satria Neo S2000 yang dipandu oleh Chris Atkinson dan Alister McRae. Dua nama yang tidak asing dalam dunia rali. Proton Cusco Rally Team pula menggunakan jentera Satria Neo 1,600cc. Pemandunya ialah Akira Bamba dan Kosuke Takashino.

Penyertaan kedua-dua pasukan dengan model hatchback dua pintu tersebut meningkatkan imej dan jenama Proton. Atkinson bersama juruarah, Stephane Prevot, merekod masa keseluruhan 3 jam 14 minit 49.3 saat dan ditabalkan sebagai juara MRC 2011. Rakan sepasukannya, McRae dan juruarahnya, Bill Hayes pula muncul sebagai pemenang tempat ketiga dengan catatan masa 3'23:37.5s.


PASUKAN Pennzoil GSR Racing Team turut menggunakan model Satria.


Hari kedua kejohanan MRC 2011, Atkinson berlumba tanpa brek tangan. Namun masalah itu berjaya diselesaikan pada keesokan harinya.

Lebih menarik lagi ialah nasib McRae. Keretanya mengalami masalah enjin overheating. Beliau terpaksa menggunakan jentera dengan 278 kuasa kuda itu selama dua hari bersama unit radiator yang rosak. Sebenarnya Neo S2000 menggunakan enjin Waja 1.8L buatan Renault. Agak luar biasa pencapaiannya.

Untuk pasukan Proton Cusco pula, Bamba dan Takashino berjaya menempatkan diri pada kedudukan kelapan dan kesembilan MRC 2011. Meskipun begitu, kedua-dua pemandu Jepun itu muncul juara dan naib juara bagi kategori APRC Junior Cup.

Kenderaan pasukan Proton Cusco menerima sentuhan daripada syarikat talaan (tuner) gergasi Jepun, Cusco. Syarikat yang terkenal dengan produk suspensi itu membeli kereta-kereta standard Satria Neo dan menjadikannya sebagai sebuah kereta rali. Jentera modifikasi Cusco kemudian dijual kepada pasukan-pasukan rali.

Perlu diingat, Proton tidak pernah memasarkan model Neo ke Jepun. Inilah antara kelebihan rali. Kerjasama dapat dijalin, kepercayaan dilahirkan dan pasaran baru berjaya diterokai. Lihat sahaja statistik pencarian Proton S2000 dalam Google, angkanya sudah menghampiri empat juta carian.

Hatchback baru?

Syed Zainal menyatakan menerusi sukan bermotor, banyak anugerah berjaya diraih ekoran penambahbaikan pada model Satria.

Tanpa sukan bermotor atau Satria Neo S2000, perkara ini tidak mungkin berlaku. Mengetengahkan model Satria Neo adalah pilihan logik seperti yang dilakukan oleh pengeluar jentera dua pintu lain termasuk Skoda, Peugeot, Volkswagen dan Ford. Jangan lupa, Satria juga mewarisi DNA pemanduan dan pengendalian Lotus.

“Kami akan membina generasi baru hatchback dan saya tidak mengatakan ia pengganti kepada model Satria Neo. Lihat sahaja pasaran hari ini, ia sudah beralih kepada model sporty hatchback dua pintu. Misalnya Subaru.

“Jika trend itu sudah dikenal pasti, kami sebagai pengeluar kenderaan mesti membangunkannya. Kami tidak mahu bergantung kepada model yang angka jualannya cuma di antara 100 hingga 200 unit sebulan. Tetapi perlu memiliki tarikan kuat untuk pasaran biasa,” jelasnya.

Kosmo! Online

Buat Dulu Baru Tahu

Malam ni aku rasa macam nak menulis pulak sementara nak ambil balik mood study yang lari entah ke mana.

Kali ni aku nak sembang sikit pasal dua perkara ni yang definasinya begitu berbeza sekali dan selalu juga menjadi bualan ramai. Kalau tak salah aku la.

Teori :
Sesuatu perkara yang berasaskan konsep dan cuba diterjemahkan seseorang itu dalam bentuk pandangannya.


Praktikal :

Sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang mendapat hasilnya.

Kalau kita tengok definasi kedua perkara ini tadi, kita akan dapat tengok perbezaannya begitu ketara. Apa yang aku nak sampaikan kali lebih kepada konsep;

Teori vs Praktikal

Selalu kita dengar perkara macam ni. Ada orang kata teori lebih penting dan ada pula kata praktikal lagi penting. Sebenarnya, dua-dua ni penting cuma yang perlu lebih ditekankan bagi aku ialah praktikal. Kita tengok macam mana seseorang yang dikatakan hebat teorinya tapi kalau praktikalnya kurang tidak ke mana juga. Tapi kalau orang yang selalu praktikkan sesuatu benda walaupun sedikit sahaja ilmunya pasti menjadi dan ilmunya akan lebih bertambah daripada praktikal yang dilakukannya.

Jika dilihat, teori ini jelas diambil daripada buku ataupun ciptaan sendiri. Dari situ kita dapat lihat bahawa pengetahuannya seperti stereotaip atau sama sahaja dan kita juga tidak akan mendapat sesuatu benda yang baru. Tapi, cuba kita praktikkan sesuatu benda itu dengan sendiri. Pastinya, banyak permasalahan yang kita boleh jumpa dan penyelesaiannya juga dapat dicari. Ini kerana benda itu kita yang lalui sendiri.

Sebagai contoh, aku pernah melihat sebuah cerita English. Tak payah la aku bagitahu cerita dia macam mana. Cuma yang aku nak cerita bagaimana seorang kapten ini telah memilih seorang jurumudi kapal selam untuk dibawa ke dalam satu latihan. Jurumudi ini begitu berlagak dengan mengatakan dia begitu hebat dalam mengemudi kapal selam kerana dia telah lulus dengan cemerlang dalam ujian simulator mengemudi kapal selam. Hinggalah satu ketika di mana tiba satu keadaan yang mencemaskan dan akhirnya kapten tersebut mengarahkan jurumudi tersebut untuk membawa keluar kapal selam mereka dari keadaan bahaya tersebut. Tetapi, apa yang dijawab oleh jurumudi tersebut ialah dia tidak pernah jumpa perkara ini dalam permainan simulator. Akhirnya, kapten yang berpengalaman itu sendiri yang mengeluarkan kapal selam mereka dari keadaan yang bahaya itu.

Daripada cerita tadi, jelas bahawa kalau kita ini begitu hebat dalam berteori, belum tentu kita boleh berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak dirancang tetapi kalau kita hanya tahu sedikit sahaja sesuatu perkara dan kita cuba untuk mempraktikkan perkara tersebut, pasti lebih membawa manfaat kepada kita kerana banyak pengalaman dapat kita peroleh dari situ.

Tetapi lain la macam Detektif Sherlock Holmes (watak dalam buku yang aku selalu baca walaupun tak pasti kewujudannya) di mana beliau digelar sebagai ahli teoris. Tetapi, di sebalik teorinya itu, banyak kajian yang dilakukan untuk memenuhi sesuatu teori itu.

Lihat satu kata-kata yang aku kira menarik daripada Almarhum Bapak Mohamad Nasir, seorang intelektual dan pendakwah yang berasal dari Indonesia.

“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul ditengah-tengah kumpulan masalah, menonjol dikalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong oleh umat”

Maksudnya di sini ialah seorang yang hebat itu lahir di dalam kelompok masyarakat yang pelbagai ragam dan sikap. Dia juga bersama-sama dengan kelompok masyarakat tersebut menempuh pelbagai perkara. Akhirnya, dari situ dia muncul untuk menyelamatkan mereka yang bermasalah. Bukannya seorang yang hanya menghabiskan masa di bilik kuliah dan tidak bergaul langsung dengan orang lain yang mana langsung tidak ada pengalaman untuk berhadapan dengan manusia lain.

Di sini juga aku ingin petik satu patah lirik daripada lagu Mantera Beradu nyanyian M.Nasir dan Malique:

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan dari pengalaman bercakap dan bersalaman

Kita tengok apa yang ditulis dalam lirik tu. Ia memberitahu bahawa sesuatu penganugerahan ataupun pengiktirafan yang terbaik datangnya dari jalanan. Maksudnya, sesuatu yang hebat itu dapat kita peroleh dari jalanan yang mana kita bertemu dengan orang ramai dan bukannya kita seorang diri sahaja.

Apapun, pengalaman itu amat penting untuk mengajar dan membawa kita ke mana sahaja kita pergi.

Aku tertarik dengan satu kata-kata ni;

"Mahasiswa perlu mencipta pengalaman sendiri dan bukannya mencari lagi pengalaman itu"

-selesai-

Terbentang Luas


Hari ni aku nak mengupas sikit satu perkara yang bagi aku amat penting dalam hidup kita sebagai manusia. Sebelum tu aku nak petik satu patah lirik lagu Tanya Sama Itu Hud Hud yang dinyanyikan oleh M.Nasir.

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Kalau kita tengok dalam lirik ini, ia ada memberi satu persoalan kepada kita iaitu kita hendak memilih untuk melihat dari mata burung atau bawah tempurung. Jika kita memilih dari mata burung, pastinya pandangan kita amat luas terbentang. Tapi sekiranya kita memilih untuk melihat dari dalam tempurung seperti dalam satu peribahasa yang berbunyi “bagai katak di bawah tempurung”, pastinya pandangan kita itu tidak ke mana.

Itulah sebenarnya apa yang aku ingin sampaikan. Kita hendaklah mencontohi seekor burung yang sedang terbang di mana pandangannya begitu luas terbentang dan bukannya sebagai seekor katak yang berada di bawah tempurung di mana pandangannya langsung tidak ke mana.

Dalam kita berfikir atau memberi sesuatu pandangan, kita mestilah berfikir dari pelbagai aspek dan bukannya satu aspek sahaja. Luaskan skop minda pemikiran kita itu dan jangan bataskan ia. Sebab itu jika kita hendak berfikir mengenai sesuatu perkara terutama melibatkan orang lain, gunakan gaya minda pemikiran Islam yang mana itu Islam itu menyeluruh sifatnya. Jika kita berfikir dalam skop bangsa atau perkauman, pasti tidak ke mana pemikiran kita itu. Maka, jadilah sindrom ‘Aku Tidak Pedulisma’,baca sini, dalam diri kita.

Kita jangan hanya memikirkan sesuatu perkara itu hanya untuk menguntungkan kita sahaja. Tetapi fikirlah sesuatu itu demi orang lain juga. Itulah yang dikatakan mengikut minda pemikiran Islam kerana Islam itu untuk semua manusia tidak terkecuali walaupun seorang.

Jadi, apa yang aku nak sampaikan kat sini sebenarnya jika kita hendak berkata sesuatu atau mengambil apa-apa tindakan yang akan melibatkan orang lain, luaskanlah skop pemikiran dan pandangan kita itu. Jangan kita wujudkan batas yang dapat menyekat orang lain dari menerima keuntungan bersama.

Di sini aku sertakan satu nukilan yang bagi aku begitu menarik untuk renungan bersama:

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!
Bencana itu sudah tiba di Jepun! Tak apa. Kita kan di Malaysia…
Bencana itu sudah tiba di Johor! Tak apa. Kita kan di Selangor… ...
Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…
Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…
Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4! Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…
Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47! Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…
Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…
Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!
-saifulislam.com-


Berani Untuk Berubah

Berani Untuk Berubah???


Hmmm... Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan ni ye.

Adakah bermaksud berubah dari yang buruk kepada kepada yang baik?
atau

Adakah berubah dari satu tempat ke tempat yang lain?

atau

Adakah berubah?????

Haha. Macam-macam pulak persoalan yang bermain di minda aku ni walaupun aku sendiri yang nak tulis pasal tajuk ni.


Sebenarnya, apa yang aku nak ceritakan ni lebih kepada perubahan diri sendiri terhadap persekitaran sekeliling kita. Ataupun lebih senang aku cakap, "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau, mengaum". Harap-harap b
etul la peribahasa aku ni.

Perubahan yang aku nak bincang kali ini lebih kepada untuk kita nak masuk dengan orang yang kita nak dakwah. Ataupun pemimpin sebuah organisasi yang perlu memimpin anak buah yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

Orang Atasan VS Orang Bawahan

Untuk kali ni, aku nak sembang sikit pasal perihal dua golongan ni.

A = Golongan Orang Atasan

B = Golongan Orang Bawahan

Apa yang sampaikan adalah bukan mana-mana kisah yang melibatkan dua golongan ni, tapi lebih kepada perangai atau kerenah yang sering berlaku antara dua golongan ni.

Kadang-kadang, A dan B ini sering bercanggah pendapat dalam beberapa perkara tertentu. Dan sudah pastinya A yang akan cuba memenangkan dirinya sebab merasakan dia lebih hebat dari B. Perlu diingat, dua-dua ni adalah manusia, bukannya satu malaikat dan satu lagi manusia biasa. Jadi, tak payah la rasa diri tu kemas sangat. Setiap manusia pasti ada salah yang dilakukan. Bukan semuanya sempurna. Oleh itu, dalam keadaan kita ingin membuat sesuatu keputusan, tanggalkan semua pakaian jawatan yang dipakai dan terima setiap pendapat dengan terbuka. InsyaALLAH, keputusan yang diterima lebih bermakna.

Kadang-kadang juga, sering berlaku keadaan di mana A akan sentiasa menyalahkan, menghukum atau menuduh B ni dengan tuduhan yang bukan-bukan sampai satu ketika tuduhan itu boleh dianggap tidak logik langsung. Biasala, bila ada kuasa ni, semua akan merasa megah diri. Dia sahaja yang betul. Ingat, yang kita pimpin itu manusia. mana mungkin manusia ini dapat lari dari kesalahan. Boleh nak berkata yang bukan-bukan kepada mereka. Tapi, biarlah dengan fakta yang kukuh. Bukannya hentam kromo je. Kadang-kadang, A sebenarnya yang menjadi punca. Nak tegur boleh, tapi biarlah beradab. Tegurlah seperti kita juga pernah melakukan kesalahan itu. InsyaALLAH, pasti bermakna teguran yang diberi.

Yang ni pula aku rasa bukan kadang-kadang kot, tapi lebih kepada selalu juga rasanya. Apabila A ini mendapat kuasa, akan berlaku satu diskriminasi yang melibatkan B ini di mana, B selalu sahaja ditindas atau lebih senang difahami menjadi mangsa keadaan.
INGAT, A ni pernah juga jadi B dan akan menjadi B kembali. B pula ada yang akan jadi A. Jangan sampai perkara balas balik atau apa-apa perkara yang tak diingini nanti. Nanti bila A jadi B kembali, pasti dia akan bersama dengan B yang lain. Jangan sampai anda dipulaukan oleh mereka sudah.

Akhir sekali, beringatlah A atau lebih senang digelar pemimpin dalam sebuah organisasi bahawa anda itu diberi amanah untuk memimpin. Jadi, pimpinlah orang bawah sebaik mungkin demi melihat organisasi anda maju ke depan. Raikan sama B ini kerana anda mempunyai kuasa. Anda sahaja yang mampu berbuat demikian. Tapi kalau dah rasa teruk sangat sampai dapat menjejaskan kualiti organisasi anda, kekerasan itu perlu. Tetapi biarlah kekerasan itu yang dapat mewujud dan membentuk kefahaman mereka.

"Sesebuah kerajaan itu dapat ditumbangkan dengan tiga golongan ini:

1. Buruh

2. Tentera

3. Anak Muda

Jadi, ingat-ingatlah bumi bila di tempat tinggi"

Sekadar teguran bersama.

About this blog


jadilah seperti burung terbang di langit yang pandangannya begitu luas dan bukannya katak di bawah tempurung yang pandangannya tidak ke mana

Masa Ibarat Pedang

Menghitung Hari

Temui Aku Di Facebook